[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Penduduk sekitar Sungai Lembing, Kuantan siap sedia hadapi banjir

Astro Awani 30/12/2021 | 10:09 MYT
Situasi semasa yang dikongsi pengguna media sosial. - Foto/Facebook/Oh Info Kuantan
KUANTAN: Penduduk di sekitar Sungai Lembing diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menerusi kemas kini beberapa pengguna di laman sosial, paras air Sungai Lembing dilihat mencapai tahap membimbangkan sehingga menenggelamkan jambatan kayu yang menghubungkan perkampungan berhampiran.

Seorang pengguna Facebook, Habibah Yusoff berkongsi keadaan semasa di lokasi tersebut dan memaklumkan pihak berkuasa kini dalam mod bersiap sedia sekiranya berlaku banjir.


Laman Facebook Info Oh Kuantan pula memuat naik kemas kini situasi hujan lebat yang masih berterusan di sekitar bandar itu.

"Warga Kuantan, siap siaga sekarang. Hujan lebat tanpa henti.

"Belajar dari gelombang pertama, kemaskan apa yang patut."


MetMalaysia dalam kemas kini tengah hari tadi mengeluarkan amaran peringkat merah (hujan sangat lebat) di beberapa kawasan di pantai timur Semenanjung, termasuk Kuantan.
#banjir #Kuantan #Sg Lembing #Facebook #laman sosial