Kerajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
"Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahupun di tempat letak kenderaan.
"Peniaga juga digalak memberi pilihan ‘pre-order’ kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di premis mereka. Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 1 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei, tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan.
Bagaimanapun, kerajaan Selangor melaksanakan PKPB dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran.
Dalam kenyataan hari ini, Amirudin turut memaklumkan bahawa peniaga ‘food truck’ dan penjaja tepi jalan juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun, bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.
Namun begitu, katanya, PBT akan meneliti keperluan penggiliran penjaja tepi jalan untuk beroperasi sekiranya kedudukan gerai mereka berdekatan antara satu sama lain sehingga menyukarkan penjarakan sosial dalam kalangan orang awam.
Bagi pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta pula, beliau berkata, premis berkenaan boleh beroperasi seperti biasa namun aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di lokasi sama tidak dibenarkan.
“Pasar pagi dan pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun ini.
“Selain itu, semua jenis taman di negeri ini dibenarkan untuk dibuka kepada rakyat beriadah bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti memancing juga boleh dilakukan. Bagaimanapun, sebarang perkhemahan dan pendakian masih tidak dibenarkan,” katanya.
Amirudin berkata surat pekeliling yang lebih terperinci mengenai keputusan kerajaan negeri itu akan dikeluarkan sebagai rujukan dan perkara lain yang tidak termasuk dalam senarai berkenaan adalah tertakluk kepada tatacara SOP Majlis Keselamatan Negara.
Bernama
Tue May 12 2020
Kerajaan Selangor melaksanakan PKPB dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7pagi hingga 10 malam. - Gambar fail
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.