awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Taman Sri Lambak resah kehadiran gajah

Bernama
Bernama
01/05/2023
08:30 MYT
Penduduk Taman Sri Lambak resah kehadiran gajah
Tular di media sosial menunjukkan rakaman gajah yang merempuh pagar dan merosakkan cermin rumah seorang penduduk pada awal pagi. - TikTok @akubudakluang
KLUANG: Kehadiran beberapa ekor gajah di kawasan perumahan di Taman Sri Lambak di sini mengundang keresahan kira-kira 500 penduduk yang bimbang dengan keselamatan mereka.
Seorang warga emas, N. Muniammah, 62, mendakwa dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya hingga merosakkan pintu pagar dan cermin tingkap.
"Paling terkini adalah pada Khamis dan Jumaat lepas, dua ekor gajah masuk ke kawasan parkir kira-kira pukul 5 pagi, habis rosak pintu pagar dan cermin tingkap yang sudah banyak kali dibaiki.
"Saya rasa terkejut, tergamam dan menggigil kerana melihat gajah di depan mata hingga panik tidak tahu mahu buat apa. Anjing peliharaan saya juga kelihatan takut," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Muniammah berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana penduduk bukan sahaja kerugian malah berdepan risiko keselamatan selain gajah liar tidak takut dengan kehadiran manusia.
Seorang lagi penduduk, Saedin Sadoon, 49, mendakwa anak lelakinya turut cedera akibat terlanggar haiwan liar itu di jalan gelap ketika menunggang motosikal.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata pihaknya telah maklum dengan kejadian berkenaan dan sedang menjejak kumpulan gajah berkenaan.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan operasi menjejak haiwan liar itu akan memakan masa kira-kira dua minggu, sekali gus akan menempatkan gajah tersebut ke kawasan yang jauh dari penempatan.
"Perhilitan akan terus memantau gajah-gajah ini dan haiwan liar ini tidak boleh ditangkap atau ditembak dengan sesuka hati kerana dikhuatiri ia akan memberi reaksi luar jangkaan termasuk mengamuk," katanya.
Terdahulu, tular rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa klip video dipercayai dirakam penduduk dengan telefon bimbit berkaitan kehadiran gajah di kawasan perumahan berkenaan, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Penduduk
#Taman Sri Lambak
#haiwan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan