awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Terengganu merayu masalah bekalan air diselesaikan segera

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/09/2021
04:31 MYT
Penduduk Terengganu merayu masalah bekalan air diselesaikan segera
Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Penduduk di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu merayu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) agar segera menyelesaikan masalah bekalan air yang menjejaskan 28,700 pengguna.
Tanpa menuding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak, pengguna berharap masalah yang membebankan mereka itu akan berakhir dalam masa terdekat.
"Saya ini boleh dikira warga emas, saya baru sahaja menjalani pembedahan di kaki jadi saya tidak boleh angkat baldi yang berat.
"Tetapi saya terpaksa lakukannya, dengan perlahan saya angkat menggunakan kereta bawa pulang ke rumah, itu sahaja yang saya mampu lakukan," kata pesara guru, Ahmad Sofian Abdul Rahman.
Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.
Mereka sekali lagi terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air, susulan berlaku tekanan air rendah pada 23 Ogos lalu.
SATU berjaya mengatasinya namun masalah berulang selepas 10 hari bekalan air berjaya dipulihkan.
Paip terbabit membekalkan air ke tangki utama Berangan dari Loji Kepong untuk 28,700 pengguna di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd
#Kuala Nerus
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan