awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Terengganu perlu lebih hati-hati berikutan dua kes positif varian Delta

Bernama
Bernama
29/07/2021
08:45 MYT
Penduduk Terengganu perlu lebih hati-hati berikutan dua kes positif varian Delta
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melaporkan sebanyak 490 kes positif baharu dikesan di Terengganu dengan 2,357 kes sedang dirawat. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu perlu lebih berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat berikutan dua kes positif varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 telah dilaporkan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata kedua-dua kes itu dilaporkan berlaku di daerah Kuala Terengganu.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan mengenai punca jangkitan itu berlaku di negeri ini.
"Setakat ini penjujukan genom atau ujian terhadap sampel lain masih diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Terengganu bebas daripada varian ini.
"Penjujukan genom terhadap sampel lain yang diambil daripada pesakit lain sedang dilakukan di Kuala Lumpur dan kita harap ia bukanlah varian Delta (B.1.617.2) COVID-19," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
BACA: COVID-19: R-naught negara naik ke 1.16, Terengganu tertinggi
Sehubungan itu, Dr Nor Azimi menyeru orang ramai termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar lebih berdisiplin dan terus mematuhi SOP ditetapkan.
"Tahap kebolehjangkitan varian ini dalam masa yang begitu singkat malah jangkitannya lebih mudah iaitu melalui udara berbanding jangkitan melalui titisan air liur. Sebelum ini jarak satu meter sudah cukup untuk mengelak jangkitan COVID-19, namun bagi varian ini ia boleh berjangkit melalui udara," katanya.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melaporkan sebanyak 490 kes positif baharu dikesan di Terengganu dengan 2,357 kes sedang dirawat.
Sebanyak 107 kematian turut direkodkan di Terengganu setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#Varian Delta
#SOP
#COVID-19
#Dr Nor Azimi Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan