MALAYSIA
Penduduk tidak selesa, Imigresen serbu flat di Danau Kota, tahan 125 PATI
Mereka yang ditahan terdiri daripada 81 lelaki dan 44 wanita berusia antara 16 hingga 70 tahun melibatkan warga Myanmar (69), India (25), Pakistan (14), Indonesia (12) dan Bangladesh (5). - Gambar/ JIM
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 125 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah flat 19 tingkat di Danau Kota, Setapak, awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 81 lelaki dan 44 wanita berusia antara 16 hingga 70 tahun melibatkan warga Myanmar (69), India (25), Pakistan (14), Indonesia (12) dan Bangladesh (5).
"Operasi ini dijalankan susulan aduan masyarakat mengenai kebanjiran warga asing dipercayai pendatang tanpa izin yang mendominasi kawasan penempatan berkenaan. Risikan selama dua minggu mengenal pasti satu blok dengan 380 unit kediaman, dan pemeriksaan bersasar dilakukan ke atas 64 unit melibatkan 400 individu," katanya kepada pemberita selepas selesai menjalankan operasi, di sini.
Wan Mohamed Saupee berkata mereka yang ditahan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau tinggal lebih masa, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata penduduk kawasan tersebut mengadu berasa tidak selesa dengan sikap segelintir warga asing yang dipercayai menagih dadah, mabuk, serta berkumpul beramai-ramai di kawasan kediaman.
Wan Mohamed Saupee turut menegaskan bahawa pemilik kediaman yang menyewakan rumah kepada warga asing perlu bertanggungjawab memastikan kehidupan penduduk tempatan tidak terganggu.
"Pemeriksaan mendapati kebanyakan pendatang tanpa izin menyewa rumah pada kadar RM700 hingga RM1,200 sebulan, manakala sewa bilik antara RM200 hingga RM400 bergantung kepada keadaan kediaman.
"Pemilik rumah mesti memastikan warga asing mempunyai dokumen sah dengan hadir ke pejabat Imigresen untuk semakan, kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang tanpa izin," katanya.
Dalam masa sama, beliau menyeru pendatang tanpa izin supaya mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang kini dibuka sehingga 30 April 2026 bagi pulang ke negara asal secara sukarela.
- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia menahan 125 pendatang tanpa izin dari lima negara dalam serbuan di flat 19 tingkat Danau Kota, hasil risikan dua minggu dan aduan penduduk tempatan.
- Mereka disyaki tidak memiliki dokumen sah atau tinggal lebih masa, dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63; pemilik rumah yang menyewakan kepada warga asing turut diingatkan agar bertanggungjawab.
- Pendatang tanpa izin digalakkan menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang dibuka sehingga 30 April 2026 untuk pulang secara sukarela ke negara asal.