JOHOR BAHRU: Lebih 1,500 penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu.
Rata-rata penduduk ditemui memberitahu bau meloyakan yang didakwa bahan kimia sudah tiada berbanding ketika kejadian berkenaan dilaporkan berlaku.
Suri rumah, Kamsiah Basarudin, 37, mendakwa penduduk mula menghidu bau seakan sampah yang dibakar pada jam 2.30 petang pada Isnin.
"Mulanya keadaan tidak membimbangkan, tetapi selepas itu, saya mendapat pesanan WhatApp daripada guru meminta ibu bapa mengambil anak-anak dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram berikutan pencemaran udara.
"Saya bergegas ambil anak yang berusia tujuh tahun dari sekolah. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terlihat jiran yang juga seorang ibu tiba-tiba sesak nafas sebelum muntah-muntah," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Menurut Kamsiah, dia sekeluarga masih menghidu bau busuk yang kuat sehingga ke waktu malam.
"Sekolah terpaksa ditutup semalam. Kami sekeluarga cuma duduk di rumah dengan keadaan tingkap dan pintu yang tertutup. Namun hari ini, bau busuk itu tidak lagi kami hidu dan sekolah sudah kembali dibuka," ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Roslan Ibrahim, 63, berkata, insiden pencemaran bau di Kampung Sungai Tiram merupakan yang pertama berlaku sepanjang 40 tahun dia menetap di situ.
"Belum pernah lagi ada bau yang amat busuk dan tengik serta berlarutan lama dihidu penduduk. Saya sendiri sakit tekak dan rasa mual ketika terhidu bau pencemaran itu sehingga terpaksa memakai pelitup muka namun bau itu masih kuat.
"Penduduk bimbang dan teringat insiden pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang yang menjejaskan ramai pelajar dan penduduk. Kami risau ia akan berulang," jelasnya.
Peniaga, Nor Azita Muda,39, pula memberitahu dia masih bimbang sekiranya insiden pencemaran bau dua hari lalu, berulang memandangkan kawasan kampung terletak berdekatan dengan Sungai Tiram.
"Semalam cuma berada di rumah sahaja kerana bimbang bau busuk yang meloyakan itu. Lagipun ramai penduduk yang khuatir jika keadaan menjadi teruk.
"Sejak awal pagi tadi, hujan. Jadi tiada lagi bau busuk yang dihidu selepas dua hari insiden pencemaran berlaku," katanya.
Pada Rabu, seramai 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, di Ulu Tiram, di sini, dilaporkan mengalami simptom pening dan muntah berikutan pencemaran sisa kimia, dipercayai dibuang di sungai berhampiran.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Salleh Mohamed, berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya serta sebuah jentera Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat penilaian di lokasi iaitu di kawasan sebuah kilang dengan menggunakan gasmet GT5000, terdapat peningkatan bacaan 'methyl mercaptan'.
Pasukan Hazmat dan JAS mendapati berlaku aktiviti pembakaran tangki 'ibc' yang mengandungi bahan buangan dalam bentuk pepejal (sludge) dan cecair serta pelupusan bahan pepejal (sludge) dan sisa cecair ke di laluan tali air ke sungai berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
Penduduk bimbang sekiranya insiden pencemaran bau dua hari lalu berulang memandangkan kawasan kampung terletak berdekatan dengan Sungai Tiram. Gambar kecil: Kamsiah, Nor Azita. - Gambar/ Sinar Harian
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia
Penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu.
28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau
Kesemua pelajar dan guru telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekolah dengan segera.
MOSTI bangunkan makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) sedang membangunkan sebuah makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta.
9 ditahan bantu siasatan pencemaran anak sungai Seelong - Tuan Ibrahim
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan menunggu keputusan analisa yang dijangka akan diperolehi dalam tempoh minggu ini sebelum pendakwaan dibuat.
Semua institusi pendidikan di Pasir Gudang diarah tutup mulai Selasa
Jumlah itu membabitkan sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.
Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah
Tiga beradik antara enam mangsa yang terpaksa bermalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom demam dan muntah.
Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.
Proses cuci bahan kimia dijangka ambil masa seminggu - MB Johor
Ia bagi memastikan tindakan neutralisasi diambil dalam mengurangkan kesan tercemar yang semakin serius.
Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup
Pencemaran kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup
Pencemaran bahan kimia: Lima lagi sekolah ditutup serta-merta
Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.