awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak

Bernama
Bernama
23/12/2023
20:34 MYT
Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak
ROLAND: Kami berharap tindakan pantas akan dilakukan oleh pihak berkaitan untuk memastikan isu kekurangan guru di Sarawak tamat dan selesai. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Penempatan 1,108 guru baharu di Sarawak merupakan satu permulaan yang baik, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Beliau berkata berdasarkan libat urus kementeriannya dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) dan Kementerian Pendidikan (KPM), Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
"Oleh sebab itu, adalah penting semua pihak memastikan isu kekurangan guru ditangani secara holistik. Melalui Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), isu ini telah dibincangkan dengan jelas dan cadangan telah dikemukakan kepada KPM dan SPP.
"Antaranya termasuklah penugasan kuasa dalam pengambilan guru baharu daripada SPP kepada KPM. Kami berharap tindakan pantas akan dilakukan oleh pihak berkaitan untuk memastikan isu kekurangan guru di Sarawak tamat dan selesai," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, JPNS menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.
Daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan (28 Dis).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Roland Sagah Wee Inn
#Sarawak
#JPNS
#guru baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan