PUCHONG: Kawasan pertanian yang diusahakan warga asing dengan kelengkapan sumber air serta penempatan haram di Pulau Meranti di sini, digempur pada Khamis.
Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kekuatan 238 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sinar Harian yang turut menyertai operasi itu mendapati beberapa perusahaan tanaman telah siap dituai.
Ketika serbuan, terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil terhadapnya.
Ada juga antara mereka yang berpura sakit dengan harapan tidak ditahan pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan itu berjaya menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lapan wanita yang bekerja sebagai tukang cuci serta pekebun.
Menurutnya, mereka membabitkan lima warga Bangladesh dan 17 Indonesia.
"Pemeriksaan di kawasan penempatan haram ini mendapati terdapat beberapa rumah yang dikelilingi kebun sayur seperti bendi, lobak dan bayam.
"Kita turut temui satu rumah pengumpulan sayur-sayuran yang dilengkapi alat penimbang untuk pemborong ambil selain penempatan yang dilengkapi surau yang dibina daripada lebihan kayu pembinaan dan dipercayai boleh memuatkan sehingga 30 orang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan pada Khamis.
Beliau berkata, dipercayai terdapat kediaman haram itu dijadikan tempat sementara penginapan atau transit PATI.
Katanya, imigresen percaya ada yang tinggal tetap di sini, namun jumlah itu tidak ramai kerana tempat tersebut hanya dijadikan tempat bercucuk tanam atas faktor kesuburan tanah.
"Radius keluasan kawasan ini kira-kira 2.5 kilometer. Tempat ini ada sumber air kolam, mereka buat parit dengan kemudahan jambatan selain sumber elektrik menggunakan generator.
"Kita masih siasat berapa upah yang diterima PATI ini untuk kerja kebun dilakukan mereka. Berdasarkan soal siasat PATI yang ditahan, mereka dakwa sayur ini untuk pasaran sekitar kawasan ini," ujarnya.
Tambah Ruslin, pihaknya juga percaya PATI di kawasan ini sentiasa berwaspada dengan kehadiran pihak berkuasa selepas isu Pulau Meranti diuar-uarkan.
"JIM akan membuat semakan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti pemilik tanah terbabit. Tindakan ke atas pemilik dan premis akan disusuli mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Tegas beliau, kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa JIM Selangor untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 08 2023

Imigresen menahan 22 PATI dalam serbuan di kawasan penempatan haram di Pulau Meranti, Puchong di Selangor pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.
Kes denggi dijangka melonjak hujung tahun ini
Pakar Perubatan Kesihatan Awam KKM, Dr Wan Ming Keong memaklumkan, kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini berdasarkan trend sejak 10 tahun lepas.

Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik
Lima rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik.

Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Perkembangan jerebu di Indonesia
Perkembangan jerebu di Indonesia, khususnya di kawasan Kalimantan, bersama Ketua Kompas TV, Biro Kalimantan, Dwi Narsi.

Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.

Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.

Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.

Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.

Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.

18 PATI warga Myanmar ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis, tentera Indonesia siasat sindiket seludup PATI ke Malaysia
Polis dan tentera Indonesia telah membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang tanpa izin (PATI) warganya ke Malaysia melalui perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Bot karam: Identiti 3 mangsa telah dikenal pasti
Tiga warganegara Indonesia yang ditemukan lemas dalam kejadian bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi dua hari lepas, telah dikenal pasti identiti oleh keluarga masing-masing.

Lapan PATI berhimpit dalam kereta dicekup
Kesemua PATI yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita itu berjaya ditahan polis pada jam 1.30 pagi.