Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan sudah mengarahkan anggotanya untuk meronda semua rumah ibadat termasuk di surau dan masjid di negeri berkenaan.
Arahan itu dikeluarkan selepas penemuan beberapa ketul daging dipercayai daging babi di dua surau di Serkam, Jasin.
Dalam insiden pagi tadi itu, pelaku turut meninggalkan segulung nota yang ditulis di atas kertas manila.
Bagaimanapun Raja Shahrom berkata, polis sudah mengambil semua bukti untuk ujian kimia bagi mengesahkan jenis daging berkenaan.
“Daripada awalnya, dipercayai tulang itu tulang daging khinzir dan dibawa ke makmal kimia, bersama ketulan itu adalah dua pelikat yang digulung. Pada saya, orang yang buat ini seorang yang gila," kata Raja Sharom.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi nota yang ditinggalkan dan memaklumkan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Sekitar jam lima pagi tadi, jemaah surau Bukit Serkam menemui ketulan daging dan tulang di hadapan surau ketika hadir untuk sembahyang Subuh.
Sementara Surau An-Nur yang terletak kira-kira dua kilometer dari Surau Bukit Serkam turut dikejutkan dengan penemuan ketulan daging oleh seorang pekerja pembersihan sekitar jam 9 pagi.
Astro Awani
Tue Nov 27 2018
polis sudah mengambil semua bukti untuk ujian kimia bagi mengesahkan jenis daging berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
Wakil MBSA menegaskan, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.
Daging babi dibuang dalam sungai, nelayan buat laporan polis
Sekumpulan nelayan di Gua Musang, semalam membuat laporan polis selepas menemukan daging dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri.
'Pesan mi tarik, dapat nasi daging babi'
Izham Nayan dakwa pekerja sebuah syarikat penghantar makanan tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
JKDM rampas empat kontena daging babi bernilai RM2.7 juta
Daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Januari 2024.
Jakim siasat isu letak daging babi di kaunter umum
Jakim mengambil langkah awal bersama pihak berkuasa negeri susulan tular video memaparkan sebuah pasar raya yang tidak mengasingkan kaunter jualan daging babi dengan kaunter umum.
25 tan daging babi sejuk beku dari Australia dirampas
Maqis mematahkan cubaan membawa masuk 24 tan daging babi sejuk beku bernilai RM180,000 dipercayai dari Australia di Pelabuhan Klang Barat pada Rabu lalu.
Taktik campur daging lembu, kerbau dan babi dikesan
Dua taktik utama yang dikesan Maqis ialah menerusi pengikraran palsu dan menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan oleh agensi itu.
Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM
Ini susulan penganjur sebuah program derma darah didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi.