awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek

Bernama
Bernama
25/03/2023
07:36 MYT
Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.- Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
"Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
BACA: Bau busuk bongkar penemuan berpuluh rangka, organ kucing
Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.
Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangkai kucing
#Kondominium Bayu Tasik
#bau busuk
#suspek dicari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan