MALAYSIA
Penerapan AI: Semua pihak perlu main peranan seimbang
Pendedahan kepada teknologi sebaiknya dibuat secara terkawal dengan pemantauan rapi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam masyarakat khususnya sektor pendidikan, memerlukan kerjasama erat antara ibu bapa, guru serta kerajaan bagi memastikan teknologi itu membawa manfaat dan tidak disalahgunakan.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pandai, Khairul Anwar menjelaskan, pendedahan, khususnya untuk golongan pelajar kepada teknologi, sebaiknya dibuat secara terkawal dengan pemantauan rapi.
“Apa yang ibu bapa dan guru boleh buat ialah mendedahkan pelajar dalam situasi terkawal, membeli akses kepada device dan data tetapi memantau bagaimana ia digunakan.
"Sekarang ini ada banyak AI tools dengan parent control yang boleh memantau pelajar-pelajar. Walaupun ibu bapa atau pendidik tidak begitu faham (penggunaan), itu cara terbaik,” katanya.
Beliau menambah, walaupun pelbagai aplikasi berasaskan AI kini membantu mempercepatkan kerja pelajar, teknologi itu tidak seharusnya dijadikan jalan pintas.
“Sebagai pendidik, kita kena ajar pelajar, bukan gunakan sebagai shortcut, tapi guna sebagai tool. Pada masa sama, ada banyak tool yang bantu cikgu seperti Pandai, yang bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk guru. Hampir setiap bulan ada tool baru yang boleh bantu guru mengajar dengan lebih efisien, malah ada yang boleh kesan sama ada tugasan itu dibuat dengan AI atau tidak,” jelasnya.
Dari sudut dasar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad, Siva Kumeren A.Narayanan menekankan cabaran sebenar ialah memastikan penggunaan AI dapat diakses menyeluruh di Malaysia.
“Isu yang kita lihat ialah tentang adoption AI. Kita perlu pastikan ia datang daripada pandangan masyarakat di Malaysia. Bila kita bercakap dengan seseorang di Terengganu atau Kedah berusia 60 atau 70 tahun, adakah mereka guna AI dalam kehidupan seharian?
"Cabaran kita ialah infrastruktur; cukupkah liputan 5G, cukupkah alat untuk akses, dan adakah kita berikan pengetahuan mencukupi? Kalau tidak, adoption akan lemah dan tidak dapat tingkatkan produktiviti,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Insights, Richard Stirling menegaskan, kerajaan turut mempunyai peranan penting dalam mengimbangi manfaat dan risiko teknologi baharu ini.
“Kerajaan ada peranan untuk memastikan peraturan dan jangkaan jelas supaya apa sahaja yang masuk ke dalam masyarakat dihormati.
"Dengan AI, perubahan berlaku terlalu cepat. Kerajaan perlu pastikan kita dapat manfaatnya, seperti peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan, sambil meminimumkan kesan negatif.
"Kita juga perlu fikir bagaimana orang ramai boleh mencari pekerjaan baharu jika ada penggantian kerja, dan pastikan sistem AI benar-benar berfungsi serta memberi jawapan yang tepat kepada rakyat,” katanya.
Gabungan pemantauan ibu bapa, keberanian guru meneroka teknologi baharu, serta dasar kerajaan yang mantap diyakini mampu memperkukuh penerapan AI di Malaysia tanpa mengorbankan kualiti pendidikan dan kesejahteraan sosial.