IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata ini kerana terdapat syarikat penerbangan di Thailand sedang giat mengadakan promosi pelbagai pakej pelancongan bagi menarik pelancong dari negara Gajah Putih itu datang ke Perak.
"Penggiat industri pelancongan di negeri ini juga diminta untuk mempelajari beberapa dialek bahasa Thailand serta adat resam dan budaya masyarakat tersebut sebagai persediaan menerima kemasukan pelancong dari Thailand. Ini memudahkan penggiat pelancongan dapat berhubung dengan pelancong Thailand dengan lebih efektif.
"Selain daripada pelancong tradisi seperti dari negara China, kita mahu menarik seramai yang boleh pelancong dari Thailand tambahan pula Perak bersempadan dengan Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Perak kali ke-31 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini hari ini.
Terdahulu, Loh dalam ucapannya berkata pihaknya memfokuskan untuk membangunkan lebih banyak lagi produk tarikan pelancongan dengan memberi lebih perhatian kepada inisiatif dan lebih agresif mempromosikan produk pelancongan di negeri ini.
"Kita akan memberi lebih perhatian dengan menonjolkan lagi keunikan iaitu dari segi alam semula jadi, makanan, warisan dan budaya masyarakat setempat.
"Saya berharap agar pengusaha pelancongan akan terus berusaha dengan lebih gigih memperkukuh penjenamaan dan promosi pemasaran yang unik dan sinonim dengan Perak supaya meninggalkan impak lebih baik dan merangsang pelancong untuk terus melancong ke negeri Perak secara berulang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Syarikat penerbangan di Thailand sedang giat mengadakan promosi pelbagai pakej pelancongan bagi menarik pelancong dari negara Gajah Putih itu datang ke Perak. - Gambar hiasan
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh hab udara serantau
Penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang menggunakan syarikat Penerbangan IndiGo, yang bermula hari ini, meningkatkan ketersambungan.

Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.

Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.

UK mula proses tamat penerbangan terus dengan Iran
United Kingdom (UK) telah memulakan proses menamatkan penerbangan terus dengan Iran berhubung dakwaan Tehran membekalkan senjata kepada Rusia.

Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025
Laluan ini akan menggunakan pesawat A350-900, menjanjikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia.

Anwar gesa penerbangan terus hubungkan Malaysia dan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Rusia perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan penerbangan terus bagi meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.

Tourism Malaysia sasar 1 juta pelancong India hujung tahun ini
Penerbangan terus AirAsia yang baharu menghubungkan Guwahati dan Kozhikode (Calicut) ke Kuala Lumpur.