awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan ke Sabah dan Sarawak, tidak timbul isu kesihatan penumpang - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/04/2020
09:28 MYT
Penerbangan ke Sabah dan Sarawak, tidak timbul isu kesihatan penumpang - Ismail Sabri
Bagi syarikat penerbangan yang mempunyai perancangan untuk membuka operasi perniagaan mereka pula, Ismail Sabri menjelaskan syarikat tersebut perlu mendapatkan kebenaran kerajaan. - Gambar BERNAMA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tidak timbul isu keselamatan dan kesihatan membabitkan penumpang yang meneruskan perjalanan ke Sabah dan Sarawak.
Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, walaupun hanya penerbangan ke dua negeri itu sahaja dibenarkan setakat ini, namun pihak kerajaan sentiasa memastikan penumpang dari Sabah dan Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
"Jadi, tidak timbul isu yang menyatakan bagaimana status kesihatan mereka dan sebagainya kerana mereka tetap akan dikuarantin wajib.
"Mereka yang transit lama di Semenanjung dan apabila keluar dari lapangan terbang juga akan dikuarantin termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak.
"Jadi, apabila sampai di Sabah dan Sarawak, penumpang itu telah pun dikuarantin di Semenanjung. Jika tidak dikuarantin, mereka akan dikuarantin di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata mana-mana individu yang mahu melakukan pergerakan antara negeri tidak kira melalui perjalanan darat, udara ataupun air masih perlu menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama.
"Jadi, penumpang-penumpang yang ingin menggunakan penerbangan juga SOP sama dengan mereka yang menggunakan jalan darat iaitu kes-kes kecemasan sahaja dibenarkan.
"Misalnya, keluarga sakit atau ada (urusan) yang perlu disegerakan tetapi SOP mesti mendapatkan kebenaran pihak polis untuk membolehkan perjalanan mereka," katanya.
Sementara itu, bagi syarikat penerbangan yang mempunyai perancangan untuk membuka operasi perniagaan mereka pula, Ismail Sabri menjelaskan syarikat tersebut perlu mendapatkan kebenaran kerajaan.
"Walaupun mereka jual (tiket) tetapi daripada segi operasi akan ditentukan oleh kerajaan.
“Kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sekalipun, akan ada SOP tertentu diperkenalkan.
“Tidak bermakna PKP tamat, esok boleh terus bebas seperti hari biasa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kesihatan
#Media
#operasi
#penerbangan
#Sabah
#Sarawak
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan