awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan MAS ke Bangalore patah balik berikutan keselamatan penumpang

Bernama
Bernama
06/01/2017
13:18 MYT
Penerbangan MAS ke Bangalore patah balik berikutan keselamatan penumpang
Penerbangan MAS ke Bangalore pada pagi ini terpaksa berpatah balik ke KLIA isebabkan isu keselamatan penumpang. - Gambar hiasan
Penerbangan MH104 Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Bangalore pada pagi ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan isu keselamatan penumpang.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan, berkata kapal terbang itu mengalami masalah teknikal tetapi berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 2 petang.
"Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan penerbangan MH104 disambung semula melalui sebuah pesawat lain yang berlepas pada 4.15 petang hari ini dan dijangka tiba di Bangalore pada 5.30 petang.
"Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa. Malaysia Airlines amat kesal dengan sebarang kesulitan," katanya.
Penerbangan itu berlepas dari KLIA pada pukul 9.45 pagi hari ini dan sepatutnya sampai ke Bangalore pada 1.45 petang (waktu tempatan).
Dilaporkan bahawa terdapat 60 rakyat Malaysia dalam penerbangan tersebut, termasuk delegasi dari PKR, DAP dan MIC yang akan menghadiri persidangan Pravasi Bharatiya Divas (Bukan Pemastautin India) di Bangalore.
Laporan berita juga mengatakan antara mereka yang membuat perjalanan di dalam penerbangan itu termasuklah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangalore
#KLIA
#Malaysia Airlines
#MH104
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan