NATIONAL
Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal

Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan. - Gambar hiasan/REUTERS
PUTRAJAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City susulan isu teknikal semasa penerbangan.
Ringkasan AI
- Penerbangan Dialihkan: Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City kerana isu teknikal.
- Keselamatan Penumpang: Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat, dan keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi.
- Penumpang Dialihkan: Penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif atau disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang. Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan yang dialami.
"Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi," katanya.
Menurut kenyataan itu, penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing manakala sebahagian daripadanya disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.
"Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan penumpang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami