awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Lelaki fitnah polis 'rehat', 'lepak' di Pantai Chenang ditahan

Bernama
Bernama
03/04/2020
20:54 MYT
PKP: Lelaki fitnah polis 'rehat', 'lepak' di Pantai Chenang ditahan
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Padang Matsirat pada 3.10 petang. Foto: Bernama
Tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menghina polis di Facebook mengundang padah apabila ditahan di sini pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Padang Matsirat pada 3.10 petang.
"Lelaki itu telah memuat naik status dan gambar di Facebook kononnya anggota daripada Unit Polis Pelancong Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang melaksanakan tugas pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang rehat dan lepak di sebuah gerai di Pantai Chenang tengah hari Jumaat.
"Dakwaan lelaki itu tidak berasas kerana semasa gambar itu dirakam, anggota terlibat sedang duduk makan tengah hari setelah tiga jam melakukan rondaan dan berjalan kaki di kawasan pantai itu," katanya hari ini.
Mohd Iqbal berkata suspek juga didapati melanggar perintah PKP dengan berada di tempat berkenaan tanpa alasan munasabah.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#hina
#Langkawi
#Pantai Chenang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan