[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
KINI-TRENDING

Penerbangan UAE ke Baghdad ditunda selepas insiden tembakan

Umaira Uyop 27/01/2015 | 12:03 MYT
Tembakan kecil dilepaskan ke arah pesawat FlyDubai FZ215 ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.
Insiden tembakan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menyebabkan beberapa syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunda penerbangan ke wilayah itu.
Pesawat FlyDubai yang membawa 154 penumpang dipercayai ditembak ketika menghampiri lapangan terbang tersebut, Isnin petang.
Susulan itu, FlyDubai, Emirates Airline, Air Arabia dan Etihad Airways membatalkan penerbangan mereka ke wilayah itu setelah mendapat arahan Jabatan Penerbangan Awam UAE.
Etihad Airways mengumumkan keputusan itu di laman Twitter dan Facebook dengan meletakkan keselamatan pelanggan dan pekerja sebagai keutamaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun kunjungan ke laman Facebook dan Twitter rasmi Air Arabia, FlyDubai dan Emirates tidak menunjukkan perkembangan tentang insiden itu.
Sementara itu, produser Bollywood, Tunaj Gargv merasakan tidak banyak liputan berkenaan insiden itu di media massa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua penumpang cedera ringan apabila beberapa das tembakan mengenai badan pesawat berkenaan (FZ215).
Pihak yang bertanggungjawab masih dikenal pasti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Flydubai #FZ215 #tembakan #UAE