awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbit filem 'Babi' didakwa terbit filem tanpa lesen Finas

Bernama
Bernama
21/07/2021
07:42 MYT
Penerbit filem 'Babi' didakwa terbit filem tanpa lesen Finas
Toh Han Boon didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem tersebut dan mempamer poster tanpa lesen daripada Finas. - Bernama
PETALING JAYA: Penerbit filem kontroversi bertajuk 'Babi' didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem tersebut dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), November tahun lepas.
Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan PJU 7/8, Mutiara Damansara, di sini pada 6 petang, 18 Nov 2020.
Dia dituduh mengikut Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244 Pindaan 2013) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, sehingga kes selesai.
Peguam Haijan Omar yang mewakili Toh membantah syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan dengan alasan ia tidak munasabah serta syarat itu tidak diperlukan bagi kesalahan di bawah Akta Finas.
"Anak guam saya boleh datang ke mahkamah mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya juga memohon jaminan rendah kerana pendapatannya turut terjejas berikutan situasi negara yang sedang mengalami pandemik COVID-19," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Pada Disember tahun lepas, Bernama melaporkan Persatuan Seniman telah membuat laporan polis terhadap filem 'Babi' yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#filem
#Babi
#tanpa lesen
#penerbit filem
#toh han boon
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan