awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbit filem Power/Rangers di YouTube bakal disaman?

Adli Effendy
Adli Effendy
26/02/2015
23:48 MYT
Penerbit filem Power/Rangers di YouTube bakal disaman?
Penerbit filem pendek 'Power/Rangers' versi 'gelap' dan ganas mula menerima bahang kemungkinan disaman oleh Saban Entertainment.
SUSULAN filem pendek Power/Rangers terbitan penerbit filem indie, Adi Shankar. Pada Khamis, filem itu berjaya mencatatkan lebih 11 juta tontonan dalam tempoh 48 jam ia di muatnaik ke YouTube. Nampaknya penerbit filem pendek Power/Rangers versi 'gelap' dan ganas itu mula menerima bahang kemungkinan disaman oleh pemilik hak cipta asal Power Rangers iaitu Saban Entertainment. Adi dan pengarah, Joseph Kahn melalui kemaskini Twitter mereka pada Khamis seolah-olah menggambarkan yang mereka telah menerima ugutan saman daripada Saban Entertainment.
Saban is trying to shut POWER/RANGERS down. If you'd like to keep watching, tell them to stop harassing me http://t.co/Gb3KfwMbAX
— Joseph Kahn (@JosephKahn) February 24, 2015
Joseph meminta peminat untuk menulis kepada Saban Entertainment agar tidak menghalang muat naik video arahannya itu untuk terus berada di YouTube. Sebelum ini, video Power/Rangers yang dimuat naik ke platform Vimeo telah pun dipadamkan.
Yo, here's a pic of me, fight coordinator @Don_Thai, and like 50 Asian friends setting up a fight in POWER/RANGERS. pic.twitter.com/2gR6QL2suh
— Joseph Kahn (@JosephKahn) February 24, 2015
Penerbit filem versi 'bootleg' itu pula memuat naik artikel kemungkinan filem terbitannya itu akan dikenakan tindakan undang-undang paling penting dalam sejarah perfileman dunia.
The Power Rangers Fan Video May Lead To One Of The Most Important Lawsuits In Movie History http://t.co/xpvRvlqr8F@cinemablend
— Adi Shankar (@adishankarbrand) February 26, 2015
Dalam masa sama, Joseph meminta peminat untuk memuat turun karya terbarunya itu dan turut memesan agar filem berkenaan tidak dijual tanpa kebenaran pada masa hadapan.
Remember don't give anyone money to download POWER/RANGERS short. I made it to give to you for free. You deserve nice things.
— Joseph Kahn (@JosephKahn) February 25, 2015
10 million views in 2 days POWER/RANGERS. 566 million BLANK SPACE. You guys must be sick of me by now. https://t.co/PMbHwGlsqZ
— Joseph Kahn (@JosephKahn) February 26, 2015
Topic Berkaitan
#adi shankar
#Joseph Kahn
#Power Rangers
#saban entertainment
#saman
#Twitter
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan