KINI-TRENDING

Penerbit filem Power/Rangers di YouTube bakal disaman?

Adli Effendy 26/02/2015 | 23:48 MYT
Penerbit filem pendek 'Power/Rangers' versi 'gelap' dan ganas mula menerima bahang kemungkinan disaman oleh Saban Entertainment.
SUSULAN filem pendek Power/Rangers terbitan penerbit filem indie, Adi Shankar.
Pada Khamis, filem itu berjaya mencatatkan lebih 11 juta tontonan dalam tempoh 48 jam ia di muatnaik ke YouTube.
Nampaknya penerbit filem pendek Power/Rangers versi 'gelap' dan ganas itu mula menerima bahang kemungkinan disaman oleh pemilik hak cipta asal Power Rangers iaitu Saban Entertainment.
Adi dan pengarah, Joseph Kahn melalui kemaskini Twitter mereka pada Khamis seolah-olah menggambarkan yang mereka telah menerima ugutan saman daripada Saban Entertainment.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Joseph meminta peminat untuk menulis kepada Saban Entertainment agar tidak menghalang muat naik video arahannya itu untuk terus berada di YouTube.
Sebelum ini, video Power/Rangers yang dimuat naik ke platform Vimeo telah pun dipadamkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penerbit filem versi 'bootleg' itu pula memuat naik artikel kemungkinan filem terbitannya itu akan dikenakan tindakan undang-undang paling penting dalam sejarah perfileman dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Joseph meminta peminat untuk memuat turun karya terbarunya itu dan turut memesan agar filem berkenaan tidak dijual tanpa kebenaran pada masa hadapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#adi shankar #Joseph Kahn #Power Rangers #saban entertainment #saman #Twitter #YouTube