awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbit 'St. Louis Superman' Poh Si Teng dilantik Pengarah Dana IDA

Agensi
Agensi
31/01/2021
15:30 MYT
Penerbit 'St. Louis Superman' Poh Si Teng dilantik Pengarah Dana IDA
Sebelum menyertai IDA, Si Teng bertangungjawab sebagai pesuruhjaya dokumentari Al Jazeera di AS, Kanada dan Amerika Latin. - Gambar/ Facebook @Poh Si Teng
KUALA LUMPUR:Penerbit filem bebas prolifik dari Malaysia, Poh Si Teng menyertai International Documentary Association (IDA) yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sebagai Pengarah bagi Program Dana dan Perusahaan.
Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu kini bertangungjawab untuk menyelia dan membina portfolio geran IDA serta menjadi pegawai perhubungan dalam bidang dokumentari di peringkat global, lapor portal antarabangsa Variety.
Si Teng menggantikan Carrie Lozano yang menyertai Sundance Institute sebagai pengarah program filem dokumentari pada pertengahan tahun 2020 lalu.
Sebelum menyertai IDA, Si Teng bertangungjawab sebagai Pesuruhjaya Dokumentari bagi Al Jazeera di AS, Kanada dan Amerika Latin.
Beliau juga pernah bertugas sebagai penerbit kanan siri dokumentari "Witness" terbitan Al Jazeera.
Si Teng pernah mencipta sejarah apabila menerima pencalonan di Oscar hasil penerbitan dokumentari bertajuk "St. Louis Superman".
Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di The New York Times, Times dan Wall Street Journal.
Topic Berkaitan
#Poh Si Teng
#penerbit filem
#Malaysia
#pulau pinang
#International Documentary Association
#IDA
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan