KUANTAN: Kerajaan Pahang mengingatkan penerima hak milik kekal tanah supaya tidak menjual tanah masing-masing sewenang-wenangnya kerana dilihat akan merugikan mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemilikan tanah bukan sesuatu yang mudah diperoleh malah prosesnya turut mengambil masa sehingga ada yang terpaksa menunggu puluhan tahun.
"Kita tak galak mereka jual kepada orang lain...bukan senang nak dapat (tanah), proses pemilikan juga ambil masa, kalau mereka jual maknanya mereka yang tidak ada tanah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Sumbangan Wang Ihsan Banjir yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah.
Pada majlis berkenaan seramai 81 individu menerima geran hak milik kekal tanah masing-masing manakala 2,990 ketua keluarga mangsa banjir sekitar Kuantan diberikan bantuan wang tunai sebanyak RM500 seorang.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata beliau berharap individu yang sudah mendapat hak milik tanah itu menguruskannya sebaik mungkin.
"Jika belum ada rumah, bina rumah atau seumpamanya...sebelum ini kita beri hak sementara sekarang dah kekal dan jadi hak mutlak mereka, justeru saya harap mereka uruskan tanah itu dan jaga baik-baik," katanya.
Sementara itu, Jabariah Dilu, 78, berkata penantian beliau selama lebih 40 tahun berakhir dengan penerimaan hak milik kekal tanah tersebut hari ini.
"Sudah tentu gembira dan lega kerana sekian lama menunggu akhirnya saya mendapat status pemilik kekal tapak rumah yang didiami kami sekeluarga sejak puluhan tahun. Terima kasih kerajaan negeri," kata ibu kepada tiga anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Wan Rosdy berkata beliau berharap individu yang sudah mendapat hak milik tanah itu menguruskannya sebaik mungkin. - Gambar fail
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
391 penduduk gembira terima Notis 5A STR
Terdapat penerima menyifatkan pemberian STR menarik golongan muda untuk terus menetap di kampung dan mengusahakan pelbagai projek pertanian.
MARC sahkan penarafan jangka pendek BDB
Kajian MARC mengesahkan strategi dan pelaksanaan pengurusan BDB dalam mewujudkan model perniagaan yang lancar untuk syarikat.
STW modul baharu untuk penduduk Pahang miliki tanah sendiri
Skim Tanah Warisan bertujuan meringankan beban penduduk luar bandar yang kurang berkemampuan bagi memiliki lot tanah dan membina kediaman sendiri.
Johor kenal pasti tanah kerajaan untuk rumah mampu milik
Beliau mendapati masih ramai rakyat Johor mengadu kepadanya mengenai isu tanah yang dihadapi mereka.
Supermax batal pembelian tanah bernilai RM73.5 juta daripada SP Setia
Supermax gagal dapat kelulusan EPU untuk ketepikan 30% syarat pemilikan ekuiti bumiputera sebelum pemindahan hak milik.
Penerima hak milik kekal diingatkan tidak jual tanah - MB Pahang
Pemilikan tanah bukan sesuatu yang mudah diperoleh malah prosesnya turut mengambil masa sehingga ada yang terpaksa menunggu puluhan tahun.
Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.
Kementerian Wilayah kaji semula Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan pendekatan.
Sarawak akan pastikan masyarakat Melayu kekal miliki tanah mereka di pusat bandar
Kerajaan Negeri Sarawak akan berusaha memastikan tanah milik masyarakat Melayu di pusat-pusat bandar di negeri ini akan kekal dalam pemilikan mereka dan waris mereka.