PUTRAJAYA: Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata penerima STR boleh mendapatkan rawatan menerusi program rintis skim tersebut di pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar di sekitar 10 daerah terpilih.
Daerah terlibat adalah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
"Prapendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungannya.
"Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani," katanya.
Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di GP.
Skim itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas dan merupakan satu daripada inisiatif kerajaan mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.
Dr Zaliha berkata perkhidmatan percuma yang ditawarkan menerusi skim itu adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di GP kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.
Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan Skim Perubatan Madani merangkumi rawatan bagi demam selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi.
Beliau berkata pakej rawatan Skim Perubatan Madani tidak merangkumi rawatan bukan akut antaranya imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) rutin dan rawatan susulan ibu dan anak rutin.
"Perkhidmatan kesihatan bagi keadaan bukan akut yang tidak ditawarkan Skim Perubatan Madani boleh didapati di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Dr Zaliha berkata peruntukan bagi setiap isi rumah menerusi skim tersebut adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.
"Penerima manfaat boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah telah habis," katanya.
Beliau berkata fasa rintis Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan di 10 daerah itu dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Beliau berkata KKM melalui ProtectHealth menyasarkan sebanyak 700 GP untuk mendaftar sebagai panel Skim Perubatan Madani menjelang September ini.
Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan Madani termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth, selaku pelaksana skim berkenaan iaitu di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau hubungi talian 03-8687 2525.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Dr Zaliha berkata perkhidmatan percuma yang ditawarkan menerusi skim itu adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di GP kepada penerima manfaat. - Fail/Bernama
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser Prostat
Perasaan malu dengan saringan kanser prostat yang memerlukan prosedur sentuhan di bahagian sulit merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Amalkan sifat keterbukaan
Bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang orang supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
JKDNKA capai sasaran rampasan RM1 bilion tahun ini
PDRM rampas pelbagai barangan termasuk barang seludup bernilai lebih RM920 juta serta menahan seramai 5,099 individu menerusi pelbagai operasi bermula awal hingga penghujung Nov lalu.
Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya selepas 32 hari bersidang sejak 9 Okt hingga 30 November, dengan 12 rang undang-undang diluluskan termasuk Belanjawan 2024.
Sindiket tipu kerja: 121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air, pada Jumaat.
Dana tak boleh dikeluarkan hingga siasatan selesai - KP SPRM
Dana Aman Palestin Berhad yang kini dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan diselesaikan.
Pantau Belanjawan: Memperkasa OKU, tingkat penyertaan
Sejauh manakah Belanjawan 2024 yang dibentangkan Kerajaan Perpaduan pada 13 Oktober lepas dapat terus melindungi kesejahteraan dan mendaya upaya orang kurang upaya (OKU)? Bersama Mohd Faiz Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia.

Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.

Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.