KOTA BHARU: Kementerian Kewangan meminta individu yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini data mereka, sebelum 31 Mac ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendaftaran dan kemas kini data itu diperlukan susulan pembayaran STR bagi fasa dua akan diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.
"Ia bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerja dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada mengemas kini sebarang perubahan maklumat masing-masing.
"Kita minta dikemas kini kerana tiga tahun data yang telah dikutip sebelum ini tidak dikemas kini, dan ada yang dulu bujang sekarang telah berkahwin, jika bujang pendapatan RM2,500 ke bawah dapat RM350 tetapi kalau mereka sudah berkahwin mereka ada beberapa kategori," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, di sini hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pembayaran STR bagi fasa dua diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata pembayaran STR akan dibuat secara berperingkat dengan fasa tiga dijangka pada Julai manakala fasa empat pada Nov.
"Bagi pembayaran STR bagi fasa satu telah pun selesai diagihkan pada 17 Jan lepas dengan 8.7 juta penerima melibatkan bayaran RM1.67 bilion.
"Di Kelantan jumlah pemohon STR secara manual dan dalam talian adalah seramai 806,024 orang dan permohonan yang diluluskan setakat ini adalah seramai 587,160 orang melibatkan bayaran keseluruhan sebanyak RM519,638,850," katanya.
Beliau berkata STR kali ini membabitkan peruntukan terbesar pernah diberikan iaitu RM8 bilion untuk diagihkan kepada sembilan juta rakyat.
"Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM600 kepada isi rumah miskin tegar yang wujud dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
"Sumbangan tambahan ini akan diberikan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (tiga, kanan) meninjau kaunter permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) semasa melakukan lawatan kerja ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
PM Anwar mahu rakyat sehingga akar umbi nikmati inisiatif dalam Belanjawan 2025
Beliau berkata antara inisiatif penting belanjawan itu ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dinaikkan kepada RM13 bilion dalam Belanjawan 2025.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Penjimatan subsidi diesel dikembalikan kepada rakyat melalui STR, pengangkutan awam - PM
Langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terperdaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai Rabu ini
Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.
Penerima manfaat STR beli keperluan harian sempena promosi perayaan
Promosi oleh pasar raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR ringankan beban perbelanjaan harian golongan kurang berkemampuan
Penerima STR menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.