awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima vaksin CanSino tidak dipinggir, boleh masuk premis perniagaan - Shahelmey

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/10/2021
06:26 MYT
Penerima vaksin CanSino tidak dipinggir, boleh masuk premis perniagaan - Shahelmey
Shahelmey berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Tiada halangan untuk penerima vaksin jenis tunggal CanSino dibenarkan memasuki premis perniagaan di Sabah, kata Pengarah Operasi Program Imunisasi Negeri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.
Beliau berkata, tidak timbul isu diskriminasi dalam kalangan penerima vaksin Cansino sebaliknya mereka juga sama seperti penerima vaksin-vaksin lain di negeri itu.
Bagaimanapun, Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berkata, setiap penerima vaksin CanSino perlu melengkapkan syarat lengkap vaksin iaitu 28 hari.
"Vaksin jenis CanSino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain. Sehubungan itu, tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan.
"Tetapi ianya mestilah lengkap selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapatkan suntikan vaksin" katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.
Jelasnya, walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.
"Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan" jelasnya.
Shahelmey juga mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti virus COVID-19.
Topic Berkaitan
#vaksin CanSino
#Premis perniagaan
#vaksin tunggal
#Sabah
#penerima di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan