SEREMBAN: Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 72 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada LHDN dan kemudian disambungkan kepada seorang individu kononnya pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang memberitahu lelaki itu terlibat dengan kes pengedaran dadah.
"Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat pemindahan wang melalui mesin deposit tunai ke dua akaun berbeza beberapa kali sejak hari sama hingga 10 Mei lepas kononnya untuk siasatan bagi menyelesaikan kes itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM39,000.
"Kesemua resit pemindahan wang mangsa telah diarahkan supaya dibuang oleh lelaki itu bagi mengelak dirinya dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata mangsa yang menyedari diperdaya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas. - Gambar hiasan

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.

Polis Melaka kesan taktik baharu Macau Scam guna dokumen palsu
Dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.

Simpanan RM670,000 lebur ditipu 'Ah Seng'
Wanita berusia 77 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang menyamar polis menerusi aplikasi WhatsApp pada 15 Mei lalu.

Ditipu 'wakil klinik kesihatan', mekanik di Jempol rugi RM70,000
Seorang mekanik di Jempol mendakwa kerugian RM70,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil dari klinik kesihatan dan pegawai polis pada 25 Mei lepas.

Macau Scam: Pelayan restoran kerugian lebih RM94,000
Mangsa dihubungi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja pejabat pos mengenai bungkusan atas nama mangsa.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Macau Scam: Pesara syarikat telekomunikasi kerugian RM60,000
Mangsa dimaklumkan kononnya di dalam bungkusan tersebut terdapat kad pengenalan, kad ATM dan cek atas nama mangsa.

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.