Kerajaan sedang mengkaji mekanisme untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, sekali gus mengawal aliran keluar wang negara untuk jangka masa panjang.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata, antara langkah awal adalah dengan meningkatkan paras gaji minimum agar rakyat tempatan berminat untuk mengisi peluang pekerjaan itu.
“Ini suatu isu yang kerajaan sedang hadapi. Secara kasar sebanyak RM30 bilion mengalir keluar setiap tahun melalui pekerja asing ini.
“Strategi jangka panjang yang kerajaan lakukan adalah dengan memperkenalkan kadar gaji minimum secara berperingkat.
"Pada satu masa nanti ia akan menjadi petunjuk kepada para majikan bahawa biarlah warga tempatan yang mengambil alih pekerjaan tersebut,” ujar beliau.
Tambah Johari, sehinggalah pada satu tahap, sektor pekerjaan yang selama ini didominasi warga asing mampu menarik minat pekerja tempatan.
Selain itu, tarikan untuk mengisi ruang pekerjaan juga ditentukan oleh penyediaan tempat tinggal di kawasan bandar yang mampu dihuni golongan pekerja negara ini.
“Kalau anda lihat 20 tahun lalu, contohnya dalam industri perhotelan di Kuala Lumpur ini, semua pekerjanya adalah warga tempatan.
“Sebabnya adalah, mereka ada tempat tinggal yang mampu diduduki di kawasan bandar seperti taman perumahan awam, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan banyak lagi pilihan lain.
"Jadi, mereka boleh duduk dalam bandar dan ada alternatif. Kemudian mereka boleh pergi ke tempat kerja,” kata Johari.
Menurutnya, jika paras gaji minimum tidak dibuat, syarikat-syarikat akan terus menawarkan kerja bergaji rendah dan hanya warga asing yang sanggup menerimanya.
Johari menjelaskan demikian bagi mengulas mengenai puluhan bilion ringgit yang dibawa pulang pekerja asing ke negara asal mereka setiap tahun hasil daripada bekerja di Malaysia.
Beliau ditemui selepas menyampaikan taklimat bajet 2016 di Menara Hasil, Cyberjaya hari ini di hadapan pegawai dan petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam majlis tersebut, Johari menyentuh tentang kepentingan peranan LHDN dalam melaksanakan sistem percukaian sekali gus menyokong ketahanan ekonomi negara.
Hamzah Hamid
Mon Oct 26 2015
JOHARI: Jika paras gaji minimum tidak dibuat, syarikat-syarikat akan terus menawarkan kerja bergaji rendah dan hanya warga asing yang sanggup menerimanya.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penetapan gaji minimum kurangkan aliran keluar ringgit oleh pekerja asing - Johari
Datuk Johari Abdul Ghani berkata, antara langkah awal adalah meningkatkan paras gaji minimum agar rakyat tempatan berminat untuk mengisi peluang pekerjaan.