awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penetapan tarikh akhir pendaftaran suntikan vaksin membantu - Aaron Dagang

Bernama
Bernama
25/03/2021
21:04 MYT
Penetapan tarikh akhir pendaftaran suntikan vaksin membantu - Aaron Dagang
Pendaftaran menerusi MySejahtera hanya berjumlah enam juta, rendah berbanding populasi lebih 30 juta yang layak untuk program imunisasi. - Gambar hiasan
SELANGAU: Penetapan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19 akan membantu menyegerakan kejayaan Program Imunisasi COCID-19 Kebangsaan, selain membantu memudahkan dalam rancangan pembelian vaksin, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata mereka yang cenderung mendaftar lewat akan hanya mengakibatkan keadaan tergesa-gesa di saat akhir nanti.
"Kita perlu membuat perancangan yang baik supaya kita tahu berapa banyak dos yang perlu kita beli untuk semua," katanya ketika ditemui selepas program Malaysia Prihatin di sini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk menetapkan tarikh akhir bagi pendaftaran vaksin COVID-19 bagi mencapai sasaran mevaksin 80 peratus penduduk bagi mendapatkan komuniti kelompok.
Muhiyddin dilaporkan berkata pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera mencatatkan jumlah hanya kira-kira enam juta, satu jumlah yang boleh dianggap rendah berbanding populasi lebih 30 juta yang layak untuk program imunisasi.
Aaron berkata kerajaan meletakkan sasaran untuk mendapatkan 27 juta daripada 30 juta populasi negara, termasuk bukan warganegara, untuk divaksin secepat mungkin.
Bagi Sarawak pula, Aaron berkata vaksinasi perlu dilaksanakan terhadap kira-kira dua juta penduduknya sebelum pilihan raya negeri, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa selepas Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#COVID-19
#vaksin
#kesihatan
#kerajaan
#Program Imunisasi COCID-19 Kebangsaan
#daftar
#lewat
#tergesa-gesa
#saat akhir
#dos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan