PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.
"Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPT, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah tabung amanah nasional.
"Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN bagi memastikan kelestariannya serta menjadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang membolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara," katanya.
Beliau berkata, KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan.
Mohamed Khaled berkata, pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT akan melalui proses saringan ketat, teliti serta objektif bagi memastikan jawatan diisi tokoh atau calon paling layak dan berwibawa.
Beliau berkata, saringan ketat itu bakal mencerminkan sikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal KPT dalam menterjemah pelbagai dasar dan program nasional.
"Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi," katanya.
Beliau turut menyeru warga IPT agar mendidik penuntut supaya berada di landasan tepat menepati piawaian akademik dan budaya intelektual.
Katanya, KPT ketika ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran insaniah dan amali semata-mata sebaliknya perlu dilengkapi dengan kepintaran mengurus manusia serta mengurus teknologi.
"Kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin perbincangan dan bekerja secara efektif dalam pasukan. Semuanya adalah smart skills (kemahiran pintar)," katanya.
Bagi memperkasakan sistem dan ekosistem program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap program berkenaan sebagai satu daripada usaha melahirkan pelajar berkemahiran dan cekap teknologi.
"Negara memerlukan ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi bersifat 'kalis masa depan'," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan. - Gambar BERNAMA

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Perdana Menteri tiba di Hainan untuk sertai BFA 2023
Perdana Menteri tiba di Hainan bagi menghadiri Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi 4 hari beliau ke China.

Empat beradik ditemui maut dalam bilik air
Empat beradik ditemui maut dalam bilik air selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam pada Rabu di Kampung Sabak Awor, Muar.

10 Berita Pilihan - (29 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: KPDN muktamadkan harga siling ayam dan telur esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

KPT bangun pelan tindakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) 2023-2030 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Kerjasama Farm Fresh-UPM tingkat minat mahasiswa ceburi industri tenusu dan pertanian
Farm Fresh Bhd memeterai Memorandum Perjanjian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu.

AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Piala TNB: THT, TNB buat perhitungan di final
Pasukan Hoki Terengganu unggul menempah slot final Piala TNB 2023 setelah mencatat kemenangan agregat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT.

320,000 pelajar B40 layak nikmati Menu Siswa Rahmah RM3.50
Seramai 320,000 pelajar dalam kumpulan B40 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk politeknik di seluruh negara layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga RM3.50.

Hoki: THT belasah UiTM HA-KPT 5-1
Anak buah Seo Jongho bermula garang memecahkan kebuntuan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Ismail Abu.

UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama
KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
KPT menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

KPT bakal tubuh jawatankuasa khas, semak semula dasar pengajian tinggi nasional
Beberapa pelarasan dasar harus dilaksanakan apatah lagi apabila aspirasi nasional bukan sesuatu yang pegun.

Pengajian percuma buat pelajar generasi pertama keluarga miskin
Program penajaan pengajian percuma sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran.