KUCHING:Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan dan lain-lain kemudahan yang disediakan kerajaan dan agensinya adalah amat berbeza sekali.
Walaupun setiap orang akan mempunyai pengalaman berbeza, tetapi perkongsian pengalaman daripada dua individu yang menghadapi banjir pada dua zaman berbeza yang ditemui Bernama baru-baru ini, jelas menunjukkan persediaan kerajaan dalam membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir.
Frazer Bedoh, 57, dari Kampung Semadang, Padawan, dekat sini yang pernah merasai pengalaman sebagai mangsa banjir, menceritakan pengalamannya setiap kali berlakunya bencana banjir di kampungnya yang berlaku pada sekitar awal tahun 1970-an.
Menurutnya pada ketika itu, setiap kali hujan lebat kampungnya adalah antara kawasan yang paling awal akan dilanda banjir, disebabkan lokasinya yang terletak di tebing sungai.
"Semuanya tidak disediakan. Kami terpaksa meredah arus sungai yang deras (Sungai Sarawak Kiri) menggunakan perahu sendiri, untuk menyelamatkan diri ke tempat yang selamat, sama ada di kampung berjiran atau di rumah saudara-mara, yang tidak dinaiki air bah," katanya.
Frazer masih ingat ketika itu tidak ada pihak yang datang untuk menghulurkan bantuan, dan kalau ada pun setakat memberikan secupak beras (atau kira-kira 600 gram) dan setin ikan sardin ataupun beberapa ekor ikan masin.
"Kami terpaksa tidur di atas lantai beralaskan kertas dan plastik tanpa selimut. Bayangkan betapa sejuknya, ditambah pula dengan kehadiran nyamuk," katanya mengenang kembali kesulitan yang dihadapinya ketika itu.
Frazer menambah pada masa itu, belum wujud lagi badan seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan mangsa terpaksa mengendalikan sendiri kelangsungan hidup, malah wakil rakyat pun tidak dapat datang membantu.
Bagi Zarena Abdullah, 32, yang pada ketika Frazer mengharungi banjir pada tahun-tahun 70-an, dia belumpun dilahirkan dan tidak merasai keadaannya pada ketika itu, namun apabila banjir berlaku di Kuching baru-baru ini, pengalaman yang diceritakan Zarena terlihat perbezaannya dalam perancangan yang disediakan kerajaan, dalam menguruskan mangsa banjir.
Sekarang ini, sebaik kediaman anda dinaiki air, pasukan penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan tiba, untuk membantu membawa mangsa-mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Di PPS Dewan Kampung Sinar Budi Baharu Zarena berkata, sudah tersedia khemah untuk dijadikan bilik tidur, kemudian dibekalkan pula makanan tiga kali sehari, selain sumbangan pelbagai barangan keperluan segera.
Rumahnya di Kampung Sinar Budi Baharu, Batu Kawa telah dilanda banjir dan beliau bersama suami dan anak perempuan mereka, telah dipindahkan ke PPS itu sejak Rabu lalu dan berkata keadaan di PPS amat selesa, walaupun sedikit hingar dengan suara orang berbual-bual serta tangisan bayi dan kanak-kanak.
"Bekalan makanan juga mencukupi dengan sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kami juga mendapat bantuan seperti roti, mi segera, milo, air minuman dan peralatan mandian," katanya yang pertama kali berdepan musibah banjir.
Biarpun pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak sebarang kemungkinan penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, Zarena tetap berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.
"Pengalaman berada di sini (PPS) tidaklah teruk sangat, sebab segala keperluan disediakan dengan secukupnya. Cuma kami tidak disediakan tilam dan bantal dan itu kami kena bawa sendiri, tetapi khemah untuk tempat tidur agak luas dan boleh memuatkan empat orang," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Pada tahun 60-an, belum wujud lagi badan seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan mangsa terpaksa mengendalikan sendiri kelangsungan hidup. - Foto fail
![[TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan [TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892424/574696951614220514895_640x360.jpg)
[TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan
Golongan anti vaksin yang menyebarkan berita palsu berhubung vaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan memaklumkan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pakej Pemulihan | UK umum 302 juta pound bantu pelajar 'hilang pembelajaran'
United Kingdom umum pakej pemulihan bernilai 302 juta pound untuk diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara susulan bermulanya sesi secara bersemuka 8 Mac ini. Setiausaha Pendidikan UK, Gavin Williamson berkata, dana itu akan diberikan kepada sekolah rendah dan menengah untuk memabantu pelajar yang dikatakan 'kehilangan pembelajaran' semasa 'lockdown' dikuatkuasakan.

COVID-19 | AS edar pelitup muka percuma kepada komuniti terpinggir
Presiden Joe Biden rancang untuk edarkan jutaan pelitup muka kepada rakyat Amerika sebagai usaha memastikan keadilan dalam tindak balas kerajaan terhadap wabak COVID-19. Pentadbiran Biden menggunakan pendekatan konservatif bertujuan menjangkaui komuniti yang paling sukar didekati.

Bola Sepak | Bekas pemain makin hilang sabar
Tahap kesabaran bekas pemain Maceirra United dan Kuantan FA sudah hampir ke kemuncak. 3 tahun menunggu maklum balas dari pihak pengurusan sebelum ini, hanya dipandang sepi. Tempoh 14 hari diberikan bermula pada Rabu. Jika masih tiada jawapan, isu gaji tertunggak akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Sukan Badminton | Penarikan diri: Malaysia tidak perlu ikut
Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim tegaskan Malaysia tidak perlu terikut dengan rentak negara lain yang membuat penarikan diri beramai-ramai di Kejohanan All England bulan depan. Ini kerana katanya, Malaysia ada hala tuju dan visi berbeza menjelang Olimpik Tokyo Julai nanti.

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

UCL: Zidane sedar Madrid tidak beraksi baik
Madrid mendominasi penguasaan bola tetapi hanya dapat melakukan tiga percubaaan tepat sebelum Mendy menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah pada empat minit terakhir.

Guardiola tuntut Manchester City lebih klinikal dalam UCL
City meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 UCL menentang Borussia Monchengladbach di Budapest awal pagi tadi.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina
Menurut Lembaga Atmosfera, Geofizik dan Perkhidmatan Astronomi Filipina hujan lebat dijangka di Camarines Norte, Quezon dan Aurora pada Selasa.

Banjir: Sekurang-kurangnya 5 maut di Jakarta
Jakarta dilanda hujan lebat berterusan yang menyebabkan puluhan jalan utama ditenggelami air.

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Ahad.

KASA peruntuk RM15 juta atasi banjir di Pengerang
Peruntukan itu diberi setelah mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan kemasukan pelabur di kawasan PIPC pada masa hadapan.

Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan
Bencana banjir itu hadir ketika Indonesia masih bergelut dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi akibat COVID-19, selain cabaran ekonomi.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.

Banjir Sarawak: 858 mangsa dipindahkan ke 12 PPS
Dua pusat pemindahan sementara baharu dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka, kedua-duanya di Samarahan.

Kuching, Lundu, Samarahan dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas teruk adalah di kawasan Matang dan Batu Kawa.

Bersih Sungai Balun: Sultan Perak zahir penghargaan kepada Cikgu Ismail
Baginda bertitah, usaha membersihkan sungai itu daripada sampah sarap yang terperangkap bukan sahaja membantu pengaliran sungai bagi mengelakkan banjir.