KUCHING: Pengalaman luas ketika menjadi wakil rakyat dan Menteri Kabinet suatu ketika dahulu melayakkan Senator Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Pelantikan berkenaan menjadikan bekas Ahli Parlimen Santubong serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai anak Sarawak kedua memegang jawatan berkenaan, selepas Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen pada 1988 hingga 1990.
"Beliau (Wan Junaidi) telah membuktikan beliau layak ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat dan menteri, tambahan pula semasa penggal terakhir sebagai Ahli Parlimen, beliau sangat agresif dalam memastikan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terlaksana serta hal berkaitan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di sini, hari ini.
Meskipun posisi Wan Junaidi di Dewan Negara tidak membolehkannya terlibat dalam perundingan MA63, Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 memberi jaminan akan meneruskan usaha menangani isu di bawah perjanjian berkenaan.
Terdahulu, Wan Junaidi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, masing-masing mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang menyandang jawatan itu sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan 16 Jun lepas.
Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan Wan Junaidi, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Reaksi Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mempengerusikan Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".