awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi

Bernama
Bernama
16/05/2024
07:20 MYT
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Menurut Fahmi,langkah itu bertujuan menjamin keselamatan petugas media ketika membuat liputan serta mengelak sebarang kejadian tidak diiingini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Semua pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) terutama di negara bergolak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini, beliau berkata langkah itu bertujuan menjamin keselamatan petugas media ketika membuat liputan serta mengelak sebarang kejadian tidak diiingini.
"Kita (pengamal media) kena rujuk dengan Wisma Putra kerana biasanya memang ada garis panduan yang diberikan. Kementerian Komunikasi nak wartawan dan rakan media yang ingin mengikuti program seumpama ini, aspek keselamatan menjadi keutamaan dan hak mereka untuk buat pelaporan.
"Kita mahu pastikan mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan tugas. Dua perkara ini menjadi keutamaan iaitu keselamatan dan kebebasan untuk membuat pelaporan di lapangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkongsian video yang dimuat naik pempengaruh media sosial melalui akaun Instagram 'capricedaddycap' semalam, berhubung sekumpulan petugas kesihatan NGO yang dilaporkan terkandas di Rafah, Gaza.
Pada kapsyen video berdurasi lebih seminit itu, pempengaruh itu memohon agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan membantu tujuh petugas kesihatan NGO itu untuk keluar dari Rafah yang semakin berbahaya serta mengancam keselamatan mereka.
Merujuk kepada kandungan video berkenaan, Fahmi berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu namun akan berusaha mencari jalan bagi memastikan kumpulan petugas kesihatan berkenaan berada dalam keadaan selamat.
"Saya belum mendapat maklumat terperinci dari Wisma Putra. Insya-Allah kita akan rujuk dahulu apakah status dan apakah tindakan yang boleh diambil, tetapi kita ambil maklum semestinya isu keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan seumpama, ini memang dalam perhatian Wisma Putra," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengamal media
#Fahmi Fadzil
#misi bantuan anjuran NGO
#khidmat nasihat
#Rafah
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan