KUANTAN: Keluarga pengamal perubatan tradisional yang maut dipercayai ditembak di Kampung Bukit Rangin Perdana 2 di sini pada malam Ahad enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian.
Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Lapor Sinar Harian, dalam kejadian itu, Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan.
Adiknya, Mohd Firdaus Masri, 29, meminta orang ramai supaya berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kematian abangnya itu.
Malah, katanya, dia kesal apabila ada pihak membuat andaian tidak berasas dan menyebar gambar mangsa di laman sosial.
“Ketika keluarga masih terkejut dan sedih dengan kejadian ini, ada pihak seolah-olah tidak menghormati perasaan kami dengan menyebarkan gambar arwah yang masih berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di sini pada petang Isnin.
Sementara itu, Mohamad Firdaus berkata, abangnya menjalankan perubatan tradisional sejak setahun lalu dan tinggal di rumah itu bersama ibunya.
"Ketika kejadian dia bersendirian di rumah kerana ibu ada urusan di luar.
"Saya dimaklumkan bahawa ibu ada menghubunginya sekitar jam 9 malam, namun panggilan tidak berjawab," katanya.
Menurutnya, nasib menimpa mangsa itu hanya diketahui selepas ibunya pulang ke rumah.
"Ibu nampak abang berada dalam keadaan terbaring namun takut untuk mendekatinya lalu kejadian dimaklumkan kepada abang sulung.
"Bila abang datang, mangsa didapati berlumuran darah dan sudah meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, rumah dihuni abang dan ibunya itu sering dikunjungi tetamu yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Sinar Harian
Mon Apr 05 2021

Anggota polis melakukan siasatan lanjut di rumah mangsa pada Isnin. Gambar kanan: Abdul Rahim. - Foto Sinar Harian

Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

AWANI Ringkas: Kes George Floyd | Bekas polis disabit membunuh | Presiden Chad maut dalam pertempuran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Netizen persoal SOP kehadiran 'meriah' lawat Tokti di hospital
Semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan.

Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur
Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar.

AWANI Ringkas: Lagi lokaliti di Kelantan dikenakan PKPD | SOP: Bazar Ramadan Batu Buruk dipantau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tak larat, sakit alasan kaki ponteng puasa
Tidak larat berpuasa selain sakit menjadi alasan biasa yang diberikan kaki ponteng puasa kepada penguatkuasa JAINJ.

'Terguna' duit RM1,000 majikan, lelaki buat laporan palsu disamun
Lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.

Pengusaha Adam Char Kuey Teow terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah Seberang Jaya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

COVID-19: Kes jangkitan melebihi 142 juta, korban lebih 3 juta
Jumlah keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.

2 direman kes tembak pengamal perubatan tradisional
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini.

Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi
Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan.

Bercakap Dengan Jin: Roh bayi mencari ibu malam ini
Drama adaptasi novel seram popular sekitar tahun 1980an, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis kini sudah memasuki

Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV
Seorang pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan mendakwa mampu mengubati HIV dengan kaedah rawatan tradisional.