awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun

Bernama
Bernama
18/11/2024
14:42 MYT
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Sagah berkata kohort pertama DLP Sarawak akan memasuki Tahun Enam pada 2025, menjadikannya waktu yang sesuai untuk menilai impak program terbabit dan membuat penambahbaikan yang perlu. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn.
Beliau berkata usaha pengambilan di seluruh Sarawak telah menarik lebih daripada 15,000 pemohon, dengan 2,010 calon telah disenarai pendek untuk temu duga akhir yang diadakan di bandar raya ini, Sibu dan Miri.
"Saya telah memaklumkan kepada SPP mengenai komitmen kita untuk memberi keutamaan kepada calon-calon dari Sarawak bagi memastikan kesinambungan.
"Menerusi inisiatif ini, kita berhasrat untuk menangani kekurangan guru di Sarawak, memastikan setiap kanak-kanak terutamanya di kawasan pedalaman mampu menikmati akses berterusan kepada pendidikan berkualiti," katanya ketika penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata Sarawak juga akan melaksanakan pentaksiran standard bagi Program Dwibahasa (DLP Sarawak) untuk murid Tahun Enam pada 2025 dan Tingkatan Tiga pada 2028.
Matlamat utama, katanya adalah untuk menilai perkembangan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menerusi program DLP Sarawak.
Sagah berkata kohort pertama DLP Sarawak akan memasuki Tahun Enam pada 2025, menjadikannya waktu yang sesuai untuk menilai impak program terbabit dan membuat penambahbaikan yang perlu.
Beliau berkata penilaian itu juga sebagai persediaan awal untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan keyakinan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tidak seperti Program Dual Bahasa Kebangsaan, DLP Sarawak menggunakan pendekatan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di semua sekolah rendah kerajaan di negeri ini.
Sagah berkata kementeriannya turut memperkenalkan Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP), yang bertujuan meningkatkan prestasi keseluruhan SPM Sarawak dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini.
"Program ini melibatkan pelaburan sebanyak RM15 bilion, yang menyasarkan pelajar berprestasi rendah di Tingkatan Tiga, Empat dan Lima.
"Dari segi pencapaian, kita jangkakan dapat melihat peningkatan yang jelas dalam prestasi akademik pelajar SPM. Sasaran kita adalah untuk mencapai Gred Purata Negeri (GPN) Sarawak yang setanding dengan purata kebangsaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#purata kebangsaan
#pelaburan
#pengajaran dan pembelajaran
#Sijil Pelajaran Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan