MALAYSIA
Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru: Fakta berdasarkan dokumen rasmi kerajaan - Zaliha
Zaliha berkata tuduhan yang dilemparkan adalah satu fitnah yang serius dan mencalar reputasi beliau sebagai seorang Menteri malah adalah percubaan untuk merendahkan integriti Parlimen itu sendiri. - Gambar fail/Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata segala fakta yang dikemukakan di Dewan Rakyat mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan.
Ringkasan AI
Beliau berkata dakwaan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa kononnya beliau telah berbohong kepada Parlimen, melakukan fitnah dan memesongkan fakta dalam Sesi Penerangan Menteri pada Khamis lepas adalah satu fitnah yang serius.
Zaliha berkata tuduhan yang dilemparkan adalah satu fitnah yang serius dan mencalar reputasi beliau sebagai seorang Menteri malah adalah percubaan untuk merendahkan integriti Parlimen itu sendiri.
"Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya.
"Integriti Dewan Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan tuduhan yang tidak bersandarkan asas," katanya menerusi kenyataan di Facebook
Beliau berkata fokus Kerajaan MADANI ketika ini ialah memastikan penduduk yang telah bersetuju kembali semula ke Kampung Sungai Baru dengan segera dan memperoleh hak sewajarnya.
Annuar sebelum ini memberi notis menuntut penjelasan Zaliha mengenai jawapannya di Parlimen, yang mendakwa pengambilan tanah Kampung Sungai Baru telah dilakukan secara tergesa-gesa membabitkan tempoh tiga hari pada 2021.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan kenyataannya di Parlimen mengenai isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru adalah berdasarkan dokumen rasmi kerajaan.
- Beliau menolak dakwaan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang menuduhnya berbohong dan memesongkan fakta, sambil menegaskan tuduhan itu satu fitnah serius.
- Zaliha berkata fokus kerajaan kini ialah memastikan penduduk yang terlibat kembali ke Kampung Sungai Baru dan menerima hak mereka sewajarnya.