MALAYSIA
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
Norsyahrin berkata ia penting bagi mengurangkan kos pengambilan berlebihan. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan laluan baharu yang membolehkan majikan Malaysia menggaji pekerja asing secara terus, disifatkan sebagai satu langkah ke hadapan dalam pembaharuan struktur pasaran buruh negara.
Ringkasan AI
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon berkata ia penting bagi mengurangkan kos pengambilan berlebihan, meningkatkan ketelusan rantaian pengambilan pekerja serta mengekang kebergantungan kepada perantara yang sering dikaitkan dengan isu tadbir urus dan eksploitasi.
Beliau berkata struktur sedia ada ketika ini telah mewujudkan kebergantungan tinggi kepada pihak perantara, sekali gus membebankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selain menjejaskan kecekapan operasi dan daya saing perniagaan.
"DPMM menyambut baik inisiatif oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan ini dan berpandangan bahawa pelaksanaannya nanti perlu disokong dengan mekanisme tadbir urus serta pemantauan yang kukuh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norsyahrin berkata antara cabaran yang perlu diberi perhatian bagi pelaksanaan inisiatif itu adalah keupayaan majikan kecil, keperluan sistem digital yang telus dan bersepadu, pematuhan perundangan serta penyelarasan antara kementerian, agensi berkaitan, pihak imigresen serta negara sumber tenaga kerja.
Beliau berkata DPMM juga bersedia untuk memanfaatkan platform Program Jelajah Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) yang sedang dilaksanakan di peringkat nasional oleh pihaknya ketika ini sebagai platform libat urus atau mendapatkan maklum balas berstruktur secara langsung dengan komuniti usahawan.
"Dapatan lapangan ini boleh disalur secara sistematik kepada KESUMA untuk tujuan penambahbaikan dasar dan pelaksanaan, demi memperkukuh keberkesanan inisiatif itu, sekali gus memastikan manfaatnya dirasai secara menyeluruh oleh majikan tempatan, pekerja asing dan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan laluan baharu untuk majikan Malaysia menggaji pekerja asing secara terus, bertujuan mengurangkan kos pengambilan dan meningkatkan ketelusan rantaian pengambilan pekerja.
- Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon menyokong inisiatif ini dan menekankan perlunya mekanisme tadbir urus serta pemantauan yang kukuh untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
- Cabaran seperti keupayaan majikan kecil, sistem digital telus, pematuhan undang-undang, dan penyelarasan antara pihak berkaitan perlu diberi perhatian bagi pelaksanaan inisiatif ini berjaya.