KUALA LUMPUR:Pengambilan vaksin mampu mempersiapkan ketahanan diri seseorang daripada serangan penyakit selain membolehkan tubuh badan menghasilkan sel-sel imuniti dan antibodi.
Pakar Perunding Kesihatan Awam yang juga Felow Akademi Sains Malaysia Profesor Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata itu adalah prinsip asas dalam pengambilan vaksin sebagai persediaan mendepani unsur-unsur luar atau kuman yang akan menyerang badan manusia.
"Dalam vaksin itu sendiri mempunyai kuman tetapi kuman itu bukanlah punca penyakit, jadi apabila kita suntik seseorang itu dengan vaksin, maka ia dapat melindungi kita daripada kuman yang sebenar," katanya dalam wawancara di Bernama Radio semalam.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam (Kesihatan Awam) itu berkata vaksin tersebut mempunyai manfaat kepada individu dan masyarakat sekeliling sebagai perlindungan daripada jangkitan pada masa akan datang serta membantu melindungi masyarakat sebagai imuniti kelompok.
"Sebagai contoh, saya balik kampung dan kampung saya ada 100 orang, tetapi dalam 100 orang itu, 80 sudah mengambil vaksin tersebut, jadi kebarangkalian saya hendak jumpa 20 orang itu tipis dan ada kemungkinan tidak jumpa langsung.
"Tetapi dalam tempoh selepas seminggu, penyakit saya sudah tiada, jadi dengan sendirinya 20 orang itu sudah terlindung oleh kelompok orang ramai yang ambil vaksinasi tadi. Ini hanyalah bayangan yang dimaksudkan dengan imuniti kelompok itu tadi," katanya.
Imuniti kelompok adalah keadaan yang menyaksikan agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar dalam masyarakat kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan serta cara terbaik mencapainya adalah melalui vaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020

Dr Lokman berkata vaksin mempunyai manfaat kepada individu dan masyarakat sekeliling sebagai perlindungan daripada jangkitan. - Gambar hiasan

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 April 2021.

Istiadat Pemakaman | Penghormatan terakhir untuk Putera Philip
Istiadat pemakaman Putera Philip di Istana Windsor dan Gereja St George selesai pada petang Sabtu waktu tempatan. Ia dihadiri Ratu Elizabeth dan anggota kerabat diraja kanan, seperti Putera Wales, Putera Charles dan Putera William. Turut hadir, Putera Harry yang sudah bermastautin di Amerika Syarikat. Bagaimanapun isteri Putera Harry, Meghan Markel tidak hadir, atas nasihat doktor.

COVID-19 | PKPD di beberapa lokasi di tiga negeri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan dan Sabah, bermula Ahad sehingga 1 Mei. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Maldives bakal tawarkan vaksin kepada pelancong
Maldives merancang untuk memberikan dua dos vaksin kepada pelancong yang berkunjung ke negara itu.

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

9 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin - KP Kesihatan
Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas terima dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti namun dengan simptom yang tidak teruk.

MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus
Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan PKP.

Vaksin COVID-19: Australia catat kematian pertama akibat kes pembekuan darah
Pihak kawal selia vaksin negara itu percaya kematian wanita berusia 48 tahun itu akan kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.

Pelakon popular India, Vivek dimasukkan ke hospital, keadaan kritikal
Pelakon popular India, Vivekanandan atau lebih dikenali sebagai Vivek dimasukkan ke Hospital SIMS di Chennai selepas diserang sakit jantung dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima
ASP Mohd Dzaiful berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.

Polis nafi berita tular anggota polis meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Polis menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang anggota pasukan itu meninggal dunia selepas mengambil suntikan kedua vaksin COVID-19.

Varian baharu: KKM tunggu data WHO dan CDC keberkesanan vaksin - Dr Adham
Dr Adham berkata, wujud kebimbangan kerana varian berkenaan tidak tunjuk gejala, dan sudah mula berada dalam komuniti