awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganalisis politik Prof Hamidin meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2022
11:34 MYT
Penganalisis politik Prof Hamidin meninggal dunia
Profesor Madya Hamidin dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang tadi di kediamannya di Semenyih, Selangor. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Hamidin Abd Hamid dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Berita pemergian beliau dimaklumkan oleh pengurusan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM kepada Astro AWANI.
Kenyataan itu memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.30 petang tadi dan jenazah Allahyarham Hamidin kini berada di kediamannya di Semenyih, Selangor.
“Dukacita dimaklumkan Prof Madya Hamidin Abd Hamid, Jabatan Sejarah telah meninggal dunia hari ini sekitar jam 4.30 ptg.
“Jenazah Allahyarham masih berada di Semenyih. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan pengkebumian dan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah,” jelas kenyataan itu pada Isnin.
Perkara sama turut dikongsikan oleh anaknnya, Naim Hamid yang memohon doa orang ramai supaya sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya yang juga Felo Penyelidik Ilham Centre.
Allahyarham Hamidin merupakan antara pemerhati politik yang disegani dan sering muncul dalam pelbagai program bual bicara terbitan Astro AWANI bagi berkongsi pandangan dan aspirasi mengenai dunia politik.
Topic Berkaitan
#Prof Hamidin Abd Hamid
#penganalisis politik
#UM
#Prof Hamidin meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan