awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur aktif edar dadah di Pulau Pinang diberkas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/09/2021
10:50 MYT
Penganggur aktif edar dadah di Pulau Pinang diberkas
Superintenden Kamarul Rizal Jenal (tengah) menunjukkan antara jenis dadah yang dirampas. - Gambar ihsan PDRM
BALIK PULAU: Kegiatan seorang lelaki yang aktif mengedar dadah jenis heroin di Pulau Pinang sejak lima bulan lepas tumpas selepas dia diberkas polis Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 36 tahun yang tidak bekerja itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSN) Pulau Pinang di Seberang Jaya pada pukul 4 petang.
Dalam serbuan itu, polis menemui bungkusan heroin seberat 907. 3 gram bersamanya sebelum melakukan serbuan kedua di tapak parkir di sebuah kondominium di Golden Triangle di Relau, Bayan Lepas.
Polis turut menemui beberapa bungkusan dadah seberat 3.687 kilogram yang disimpan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir berkenaan.
Kamarul Rizal berkata, keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan seberat 4.595 kilogram yang bernilai RM61,573.
"Suspek dipercayai aktif melakukan aktiviti pengedaran tersebut sejak lima bulan lalu dan dadah yang dirampas itu dianggarkan dapat digunakan oleh 22,975 penagih dadah.
"Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methapetamine," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kamarul Rizal berkata, pemeriksaan turut mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan kes dadah dan jenayah direman selama tujuh hari bermula 25 September hingga 1 Oktober bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#edar dadah
#penganggur
#pulau pinang
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan