awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur bakar rumah, berang ibu tidak beri wang

Bernama
Bernama
20/01/2018
04:28 MYT
Penganggur bakar rumah, berang ibu tidak beri wang
Difahamkan suspek telah dua hari mengugut untuk berbuat demikian sebelum membakar rumah mereka semalam. - Gambar hiasa
Seorang penganggur tergamak membakar rumah keluarganya di Jengka 11, Maran semalam, selepas marah apabila ibunya enggan memberinya wang, kata Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman.
Beliau berkata suspek berusia 37 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2 petang, dan difahamkan telah dua hari mengugut untuk berbuat demikian.
"Kebakaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kerana ibu suspek yang berusia 66 tahun keluar untuk menetap bersama seorang lagi anaknya kerana bimbang dengan kelakuannya yang agresif.
"Suspek berjaya ditahan berhampiran kawasan rumah itu dan daripada siasatan awal, suspek dipercayai memulakan kebakaran dengan membakar tilam di dalam rumah itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Norzamri berkata rumah separa kayu dan batu itu musnah 80 peratus dan kerugian dianggarkan kira-kira RM90,000.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#Dadah
#kebakaran
#penjara
#polis
#rumah
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan