MALAYSIA
Penganggur didakwa bunuh lelaki warga emas
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah di Manjung pada Selasa. - Astro AWANI
LUMUT: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, bulan lalu.
Tertuduh, Lin Chee Ming, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Ling Chin Kian, 78, di sebuah rumah di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan dalam daerah Manjung pada pukul 3.40 hingga 4.44 pagi, 26 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 10 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, patologi dan forensik.
Pada prosiding di mahkamah sama, bapa kepada seorang anak itu dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah menggunakan kepada diri sendiri dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 10.45 malam, 4 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azizah Ahmad, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis morfin selain mempunyai tiga sabitan terdahulu di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat BSJN IPD Manjung pada pukul 4.30 petang, 20 Januari lalu.
Dalam prosiding itu, Azizah turut memerintahkan agar tertuduh dikenakan pengawasan dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan barang rampasan dikembalikan kepada pihak pendakwaan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di ruang tamu rumahnya di Kampung Koh pada 29 November lalu.
Pemeriksaan pasukan polis di lokasi kejadian menemui sebatang cangkul yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata dalam insiden tersebut.