KANGAR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.
Muhammad Hafizi Seman, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan kebun getah Kampung Kolam, berhampiran Kawasan Perindustrian BNB di Padang Besar pada12.15 tengah hari, 26 Oktober lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dikenakan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 16 Feb 2024 untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Muhammad Hafizi mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenis Beretta PX4 Storm dan 50 butir peluru 9MM, pada 12.10 tengah hari, di tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Nov 10 2023
Muhammad Hafizi didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan kebun getah Kampung Kolam, berhampiran Kawasan Perindustrian BNB di Padang Besar pada12.15 tengah hari, 26 Oktober lepas. - Gambar/ Astro AWANI
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
Noor Ainaa tamatkan kemarau 17 bulan tanpa gelaran
Pemain berusia 22 tahun itu meraih gelaran ketiga dalam kariernya dengan menewaskan Hana Ismail dari Mesir 11-9, 11-4, 11-7.
KBS tidak terkilan pencapaian Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak terkilan dengan pencapaian kontinjen negara yang tidak berjaya mencapai sasaran empat emas ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau disita 3 bulan
Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (peringkat 1) bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Taman Mas, Puchong disita tiga bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan susulan runtuhan tebing pada Sabtu
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
PN tangguh pengumuman calon
Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan selain berkaitan dengan pengurusan parti.
DAP bantu Teresa nasihat undang-undang
DAP akan membantu Teresa Kok melalui Biro Guaman parti berkenaan dalam memberi nasihat undang-undang sepanjang proses memberi keterangan kepada pihak polis.
Semua 15 jawatan menang tanpa bertanding, DAP Perak catat sejarah
Semua 15 jawatan menang tanpa bertanding, DAP Perak catat sejarah sejak 58 tahun lalu.
[TERKINI] ''Saya tidak berpeluang menyampaikan pandangan.'' - Teresa
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tidak berpeluang untuk menyampaikan pandangan berhubung pensijilan halal melalui saluran dalaman.
#AWANIRingkas 8 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 September 2024
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
1️⃣ KKM aktifkan siasatan, sedia langkah lanjutan
2️⃣ Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok
3️⃣ PN tangguh pengumuman calon
#awaniringkas
Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.