KEPALA BATAS:Tindakan seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dan meminjam wang dengan isteri orang membawa padah apabila dia dilarikan tiga lelaki yang kemudian bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bagaimanapun lelaki berusia 38 tahun itu berjaya diselamatkan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas gerakan mencarinya dilakukan sebaik menerima laporan polis daripada orang awam.
Hasil siasatan awal, mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nyior, Butterworth apabila mangsa berusia 38 tahun itu dilarikan tiga lelaki yang berang selepas mangsa gagal melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM2,300.
Salah seorang suspek berusia 40 tahun bertindak sedemikian kerana berang mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang berusia 32 tahun ketika dia menjalani hukuman di penjara.
Noorzainy berkata mangsa di temui dengan kecederaan parah luka di kepala serta lebam seluruh badan akibat dipukul dengan kayu, playar, besi dan pemutar skru.
Polis turut merampas pelbagai barang milik suspek, barangan seperti tali yang digunakan untuk mengikat dan pemutar skru untuk memukul mangsa.
Susulan itu, polis berjaya menahan tiga suspek berusia 24 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes tersebut.
Kesemua suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 367 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara selama sepuluh tahun dan didenda.
Kejadian itu dilaporkan tular di laman sosial dan menjadi tanda tanya netizen apatah lagi ia berlaku ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun dengan kecekapan polis kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh hanya enam jam.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 15 2021

Polis turut merampas pelbagai barang milik suspek, barangan seperti tali yang digunakan untuk mengikat dan pemutar skru untuk memukul mangsa. - Foto Astro AWANI

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Mohamed Iqbal berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak sahkan Larry Sng letak jawatan, keluar parti
Ketika dihubungi Astro AWANI, Abang Zulkifli Abang Engkeh mengesahkan peletakan jawatan Larry Sng sebagai Ketua PKR Sarawak.

Lompat parti: Kaji kerjasama dengan PH, PKR - Amanah Bukit Bintang
Amanah digesa mengkaji kerjasama dengan PKR susulan menerima ahli mereka yang melompat keluar parti.

MPP PKR adakan mesyuarat petang ini
Kemelut hubungan antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

AWANI Ringkas: PM lancar Pelan Perkasa KRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Musim Kemarau: Hambat ikan beri rezeki tambahan
Musim kemarau memberi limpahan rezeki buat penduduk di Kampung Tanjung Piring di Padang Terap, Kedah. Penduduk tempatan akan berganding bahu melakukan aktiviti menghambat ikan di dalam sungai.

Vaksin Sinovac | Memahami proses pengilangan vaksin di Malaysia
Proses kelulusan vaksin keluaran syarikat biofarmaseutikal Sinovac, akan melalui dua fasa, pertama, kelulusan vaksin itu dan kedua, kelulusan untuk proses pengilangan di Pharmaniaga. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan meneliti dua aspek tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Hilang kerja, buka kedai makan di kampung
Hilang pekerjaan bukan penamat segalanya apabila pasangan suami isteri kembali bangkit membina kerjaya baharu di kampung halaman. Azlinda Ramli, 27 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Cik Su merupakan seorang tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur terpaksa berhenti kerja selepas suami Mohamad Ashrah Ibrahim, 27 tahun yang bekerja sebagai pekerja kontrak binaan ditamatkan perkhidmatannya. Mereka kini mengusahakan sebuah kedai makan diberi nama Warung Cik Su yang terletak di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.

Terik Melampau | Dua daerah di Kedah alami panas berlebihan
Dua daerah di Kedah iaitu Sik dan Baling dikenalpasti mengalami suhu panas terik melampau. Ini berikutan fasa akhir monsun timur laut yang sedang melanda negara ketika ini.

Nelayan tumbuk muka lelaki berdua-duaan dengan isteri dalam bilik tidur ditahan
Seorang nelayan ditahan kerana menumbuk muka lelaki yang ditemui berdua-duaan bersama isterinya dalam keadaan tidak berbaju di dalam bilik rumah mereka di Jalan Dato Ali, dekat Kangar, malam tadi.

Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.

Menantu tetak kepala ibu mertua
Suspek menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kepala mangsa pecah dan otak terburai.

Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu
Wanita warga Vietnam itu cedera serius pada leher.

Bapa bunuh anak kandung gara-gara hubungan sulit dengan menantu
Aroon mengaku membunuh Chanchai namun langsung tidak menyebut berkaitan hubungan sulit dengan menantunya.

Padah jalin hubungan sulit dengan pekerja sendiri, CEO McDonald's dipecat serta merta
CEO tidak boleh menjalin hubungan dengan mana-mana kakitangan.

Syak isteri curang, lelaki bunuh anak dan 7 ahli keluarga mentua di Pakistan
Suspek Muhammad Ajmal mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai tindakan membalas dendam.

Berang hubungan sulit terbongkar, lelaki bertindak bakar rumah suami kekasih
Akibat tidak berpuas hati hubungan sulit bersama isteri orang terbongkar, seorang lelaki naik berang lalu bertindak membakar rumah suami kekasihnya.

Kantoi skandal dengan model, lelaki bunuh isteri demi hubungan sulit
Seorang lelaki dan dua suspek lain kini ditahan atas dakwaan membunuh wanita berusia 38 tahun berkenaan, yang dikenali sebagai Sunita.

Polis siasat blog dakwa timbalan menteri ada hubungan sulit
Siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis dan isteri kepada pegawai khasnya.