awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur direman cabul cucu saudara

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
07:30 MYT
Penganggur direman cabul cucu saudara
Suspek berusia 54 tahun itu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
GERIK: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dibenarkan oleh Majistret, Savinder Singh di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek yang juga penganggur itu ditahan di sebuah kampung di sini pada Isnin selepas menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun.
"Kejadian itu terbongkar selepas pengadu melihat kelakuan pelik anak perempuannya itu sebelum diberitahu akan perbuatan suspek.
"Siasatan awal mendapati kejadian cabul itu dilakukan antara Mac hingga April lalu apabila suspek telah mengurut perut dengan alasan untuk membuang angin sebelum meraba kemaluan mangsa," katanya.
Menurut beliau, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Gerik untuk permohonan reman.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#cucu saudara
#datuk saudara
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan