awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur hempas, humban anak saudara direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
09:50 MYT
Penganggur hempas, humban anak saudara direman tujuh hari
Kejadian berlaku di sebuah flat di Jalan Maklom di George Town. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang penganggur direman tujuh hari sehingga 9 Ogos bagi membantu siasatan kerana mendatangkan kecederaan kepada dua anak saudaranya di sebuah flat di Jalan Maklom di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada jam 3.40 petang itu, suspek yang berusia 29 tahun telah menghempas anak saudaranya yang berusia 40 hari ke lantai.
Menurutnya, selain bayi malang itu, suspek turut menghumban kakak kepada bayi berkenaan yang berusia tiga tahun dari tingkat satu kediaman mereka.
"Pada hari berkenaan, kita menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan dua anaknya cedera selepas dihempas dan dicampak dari rumah ibu mertuanya oleh adik iparnya.
"Ketika kejadian, suspek tinggal bersama adik perempuan berusia 20an, ibu (60an) serta kakaknya yang sedang dalam berpantang selepas melahirkan.
"Kakaknya iaitu ibu kepada dua kanak-kanak tersebut hanya menumpang sementara di rumah tersebut sementara menjalani proses berpantang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Kata beliau, suspek terlebih dahulu telah mengelar pergelangan tangan kirinya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
"Ketika suspek berada dalam keadaan berlumuran darah, dia berkata 'bunuh saya' kepada kakaknya (ibu kepada kedua-dua mangsa) sebelum menghempas bayi ke atas lantai serta mencampak kanak-kanak tersebut ke bawah flat.
"Adik, ibu dan kakak suspek tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku amat pantas. Bapa suspek sudah meninggal dunia," katanya.
Beliau menambah, kedua-dua mangsa dan suspek kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Hasil pemeriksaan, kanak-kanak tersebut mengalami patah kaki kiri dan pecah bibir manakala bayi pula, mengalami pendarahan otak. Kedua-dua mangsa masih dirawat di wad biasa di HPP dan dilaporkan stabil.
"Suspek pula mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dengan luka sepanjang 7 sentimeter (cm) dan 2 cm lebar. Dia dipercayai menggunakan senjata tajam untuk mencederakan dirinya sendiri," katanya.
Soffian berkata, polis masih menunggu ujian kesihatan mental dan ujian saringan air kencing suspek untuk melengkapkan siasatan.
"Suspek yang belum berkahwin mempunyai satu rekod jenayah melibatkan dadah namun tiada rekod psikiatri.
"Difahamkan suspek berkelakuan ganjil sejak kebelakangan ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hempas anak saudara
#lelaki direman
#humban bayi
#George Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan