MALAYSIA
Penganggur mengaku tidak bersalah miliki pistol, peluru

Mohd Zamri dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. - Gambar/ Bernama
PASIR MAS: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki pistol dan peluru tanpa lesen yang sah bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang penganggur, Mohd Zamri Mustafa, 50 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenis Glock 19 dan 47 butir peluru tanpa lesen yang sah pada 29 Mei lalu.
- Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, serta denda sehingga RM10,000 atau penjara tujuh tahun.
- Hakim tidak membenarkan jaminan kerana kes melibatkan senjata api, dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam, sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
Bagi pertuduhan kedua pada tarikh, lokasi dan masa yang sama, dia didakwa memiliki 47 butir peluru tanpa lesen antaranya jenis A USA 9mm Luger, FC 9mm Luger, AP 14 9mm Luger , PMC 9mm Luger dan S3 9mm Luger.
Penganggur itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Zulkipli Abdullah tidak membenarkan jaminan kerana kes itu bersabit senjata api dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami