IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu syarikat insurans berhubung tuntutan insurans kemalangan jalan raya, dua tahun lalu.
Muhammed Fairus Mohammad Ali Raminidass, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak bekerja, didakwa menipu sebuah syarikat insurans dengan memperdayakan syarikat itu melalui tuntutan insurans kemalangan jalan raya palsu yang dikemukakannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat syarikat berkenaan di Ipoh pada 8 Mei 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh diwakili Peguam Jagdave Singh.
Mahkamah membenarkan Muhammed Fairus diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 27 2021
Mahkamah membenarkan Muhammed Fairus (dua kiri) diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. - Astro AWANI
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.