NATIONAL

Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy

Sinar Harian 18/01/2023 | 05:22 MYT
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU). - Gambar hiasan/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Menurutnya, sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung beliau sempat berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu.


"Beliau bersetuju secara prinsip dan akan memikirkan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya," tulis Nancy. -- Sinar Harian

#tambang percuma #OKU #pengangkutan awam #Nancy Shukri