awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur loteri tanpa lesen ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2021
00:51 MYT
Penganjur loteri tanpa lesen ditahan
Polis merampas peralatan dipercayai digunakan untuk judi loteri awam tanpa lesen dan juga wang tunai sebanyak RM81,156. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Dua individu ditahan kerana dipercayai terbabit menjalankan pusat kiraan (counting centre) perjudian disyaki judi loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kulim, pada Khamis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kulim pada jam 7.40 petang.
"Hasil siasatan mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat kiraan perjudian disyaki judi loteri awam tanpa lesen.
“Polis merampas peralatan dipercayai digunakan untuk judi loteri awam tanpa lesen dan juga wang tunai sebanyak RM81,156 yang disyaki untuk pertaruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, lelaki dan wanita ditahan itu berusia berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai mengatur perjudian terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Kamarul Zaman berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi meneliti modus operandi sindiket terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.
Beliau berkata, pihaknya percaya kegiatan itu masih baru dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
FOTO KREDIT PDRM
Topic Berkaitan
#judi loteri
#loteri awam
#tanpa lesen
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan